Penghasilan Kaca Dari Abu Kayu Mangga

Saidin, Salina (2005) Penghasilan Kaca Dari Abu Kayu Mangga. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (331kB) | Preview

Abstract

Suatu kaca inovatif berasaskan sistem aluminosilikat, SiO2-Al2O3-Na2O-CaO telah dihasilkan menggunakan abu pokok mangga sebagai sumber utama kalsium oksida, CaO. Abu pokok mangga telah dihasilkan secara tertutup dengan pembakaran cip kayu kering pada suhu 10000 C dengan tempoh rendaman 40 minit. Analisis XRD menunjukkan abu yang terhasil mengandungi fasa CaO dan analisis XRF mengesahkan bahawa kandungan CaO adalah 71% berat. Selain itu, taburan saiz partikel dan analisis DSC/TG juga dilakukan ke atas abu pokok mangga. Suatu sumber pasir tempatan yang telah dibersihkan secara berperingkat bagi menyingkirkan bendasing yang hadir digunakan dalam komposisi kaca sebagai sumber utama SiO2. Komposisi kelompok kaca telah dikira sebelum peleburan kaca dilakukan pada suhu 15000 C dengan tempoh rendaman selama 5 jam. Suatu kaca yang cerah dan bebas gelembung udara telah berjaya dihasilkan. Ujian ke atas kaca ini memberikan nilai ketumpatan 2.64 g/cm3 dan nilai kekerasan Vickers 617.3 HV. Seterusnya olahan haba ke atas kaca pokok mangga ini dilakukan pada suhu penukleusan 8900 C selama 1 jam rendaman dan suhu pertumbuhan hablur 9100 C selama 5 jam juga telah berjaya menghasilkan suatu bahan seramik kaca. Mikroskop Imbasan Elektron (SEM) telah digunakan untuk meneliti morfologi dan saiz hablur yang terhasil.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TN Mining Engineering. Metallurgy
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral (School of Material & Mineral Resource Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 28 Mar 2023 05:48
Last Modified: 28 Mar 2023 05:48
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57584

Actions (login required)

View Item View Item
Share