Pengaruh Bahan Tambah Metakaolin Sebagai Bahan Pengganti Dalam Peresapan Ion Klorida Dalam Mortar

Mohd Zain, Mohd Norhanizan (2005) Pengaruh Bahan Tambah Metakaolin Sebagai Bahan Pengganti Dalam Peresapan Ion Klorida Dalam Mortar. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (273kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kadar keofisen peresapan ion klorida yang melalui mortar. Faktor utama yang ingin dikaji adalah kesan penambahan metakaolin dengan komposisi yang berbeza keatas peresapan ion klorida dalam mortar. 4 sampel yang dijalankan ujikaji dimana satu sampel tidak ditambah dengan metakakaolin dan tiga sampel lagi ditambah dengan komposisi berbeza iaitu 12.5%, 20% dan 27.5%. kaedah yang digunakan adalah kaedah yang dipercepatkan dengan menggunakan medan elektrik. Kaedah ini lebih praktikal kerana masa yang digunakan ada singkat jika dibandingkan dengan kaedah perendaman. Sebahagian daripada ion klorida yang melalui mortar diserap oleh gel yang dihasilkan dari proses penghidratan mortar. Proses pengikatan klorida ini akan mempengaruhi laju peresapan ion klorida kedalam lapisan mortar dan ini akan memyebabkan penurunan keofisen peresapan efektifnya. Dalam kajian ini, nisbah air : simen telah ditetapkan iaitu 0.55 dan nisbah simen : aggregate adalah 1 : 2. Ini untuk mengelakkan faktor-faktor yang lain akan mempengaruhi kadar peresapan yang akan diperolehi. Terdapat dua ujian lain yang dijalankan bersama-sama dengan ujian peresapan ion ini iaitu ujian kekuatan mampatan dan ujian ketumpatan. Diketahui bahawa dengan penambahan metakaolin akan mengurangkan kadar keofisen peresapan ion klorida dari 6.29 x 10-8 kepada 2.41 x 10-8 untuk Nerns-Plank dan dari 12.2 x 10-8 kepada 4.42 x 10-8 untuk Einstein. Pengurangan ini adalah untuk komposisi yang tidak ditambah metakaolin dengan sampel yang ditambah dengan 27.5% metakaolin.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TN Mining Engineering. Metallurgy
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral (School of Material & Mineral Resource Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 27 Mar 2023 08:46
Last Modified: 27 Mar 2023 08:46
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57575

Actions (login required)

View Item View Item
Share