Jaafar, Mohd Kamil (2006) Sifat Kejuruteraan Campuran Asfalt Tambah Getah. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)
|
PDF
Download (478kB) | Preview |
Abstract
Berbanding dengan di negara Barat, kajian serta penggunaan tentang bitumen tambah getah di Malaysia masih lagi belum meluas. Dalam kajian ini, kekuatan bahan pengikat akan mempengaruhi kekuatan campuran yang akan dihasilkan. Terdapat dua kaedah atau proses dalam menghasilkan bitumen tambah getah iaitu proses basah dan proses kering. Di dalam kajian ini, getah dan bitumen diadun melalui proses basah. Bitumen 80/100 digunakan manakala serbuk getah diperolehi dari tayar trak terpakai. Bitumen tambah getah yang dihasilkan diaplikasikan ke atas campuran asfalt berliang untuk melihat keberkesanannya. Di dalam kajian ini, peratusan kandungan serbuk getah yang digunakan adalah 15.25%, 18% dan 22%. Kesan ciri kejuruteraan ke atas campuran asfalt berliang diperolehi melalui ujian kebolehtelapan, ujian lelasan Cantabro, ujian kestabilan, ujian kebingkasan dan ujian tegangan tak langsung. Kajian ini menerangkan hasil yang diperolehi dari penghasilan bitumen tambah getah dan campuran asfalt berliang tambah getah. Daripada kepelbagaian tayar, prestasi bitumen tambah getah yang dihasilkan adalah lebih baik dari bitumen lazim yang selalu digunakan. Secara keseluruhannya, terdapat data hasil kajian yang boleh digunakan terutamanya bitumen tambah getah yang dihasilkan. Hasil ujian yang dijalankan ke atas bitumen tambah getah kebanyakannya mematuhi spesifikasi JKR dan AASHTO. Ini menunjukkan ia boleh diaplikasikan sebagai bahan campuran yang mampu menghasilkan turapan yang berkualiti.
Item Type: | Monograph (Project Report) |
---|---|
Subjects: | T Technology T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) |
Divisions: | Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph |
Depositing User: | Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman |
Date Deposited: | 20 Mar 2023 09:12 |
Last Modified: | 20 Mar 2023 09:12 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/57466 |
Actions (login required)
View Item |