Pengaruh Nisbah Air Simen Terhadap Kekuatan Konkrit

Lim, Meng Kee (2005) Pengaruh Nisbah Air Simen Terhadap Kekuatan Konkrit. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (511kB) | Preview

Abstract

Konkrit adalah bahan binaan yang sensitif dan kerap mendatangkan masalah kepada pengguna. Konkrit mampu memberi perkhidmatan dalam tempoh yang panjang dengan penyenggaraan yang minimum. Walau bagaimanapun, penggunaan konkrit tidak terlepas dari masalah, seperti cacat dipermukaan, pecah di sudut-sudut, pengkaratan tetulang yang jelas kelihatan yang akan menyebabkan konkrit pecah dan retak. Untuk mendapatkan konkrit yang tahanlasak semasa dalam perkhidmatan, perlu difahami faktor yang mempengaruhi ketahanlasakan konkrit itu sendiri. Salah satu faktor yang mempengaruhi konkrit itu ialah nisbah air simen. Jika nisbah air simen digunakan lebih daripada had yang sepatutnya maka kekuatan dan ketumpatan konkrit akan berkurang. Sebaliknya jika nisbah air simen kurang maka kebolehkerjaannya rendah dan proses penghidratan adalah tidak sempurna. Ujian tanpa musnah adalah kaedah pengujian ke atas konkrit tanpa meninggalkan kesan kecacatan atau kerosakan yang ketara pada konkrit. Pengujian ke atas spesimen yang sama dilakukan tanpa memusnahkannya. Antara kaedah-kaedah pengujian tanpa musnah adalah ujian tukul menganjal dan ujian denyutan ultrasonik. Ujian denyutan ultrasonik adalah untuk mengawal kualiti konkrit yang sama, sebarang pemadatan dan perubahan nisbah air simen boleh dikesan. Ujian tukul menganjal merupakan satu ujian untuk menentukan keseragaman konkrit dan penganggaran kekuatan konkrit pada sesuatu struktur. Ujian musnah ialah ujian mampatan kiub konkrit adalah untuk menentukan kekuatan sebenar. Didapati hubungan antara keputusan ujian tanpa musnah, ujian denyutan ultrasonik memberikan keputusan yang paling tepat.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 17 Mar 2023 01:21
Last Modified: 17 Mar 2023 01:21
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57404

Actions (login required)

View Item View Item
Share