Kajian Kesan Saiz Partikel Alumina Dan Tempoh Pengadukan Ke Atas Sifat-Sifat Fizikal Krusibel Alumina Yang Dihasilkan Menggunakan Kaedah Tuangan Gel

Mohamed Khalib, Rosfariza (2004) Kajian Kesan Saiz Partikel Alumina Dan Tempoh Pengadukan Ke Atas Sifat-Sifat Fizikal Krusibel Alumina Yang Dihasilkan Menggunakan Kaedah Tuangan Gel. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (318kB) | Preview

Abstract

Tuangan Gel merupakan satu tenik pembentukan seramik terbaru yang masih lagi tidak meluas penggunaannya. Tuangan Gel adalah suatu proses melibatkan pencampuran antara larutan monomer organik dengan sluri serbuk seramik dan kemudian dituang ke dalam acuan. Di dalam proses ini campuran monomer terpolimer secara in-situ untuk membentuk jasad gel yang akan mengikat teguh partikel-partikel serbuk seramik. Dalam kajian ini, saiz partikel dan tempoh pengadukan akan memberi kesan kepada sifat-sifat fizikal sesebuah krusibel Alumina. Krusibel Alumina telah dijalankan dengan menggunakan 5 jenis Alumina yang setiap satunya mempunyai saiz partikel yang berlainan dan salah satu daripadanya yang mempunyai ciri-ciri terbaik dikaji dengan tempoh pengadukan yang berbeza. 5 jenis alumina dengan pelbagai saiz dikaji iaitu Alumina Metco 105SFP, Alumina 001306, Alumina Metkon bersaiz 0.05 μm, Alumina Metkon bersaiz 0.3 μm dan Alumina Metkon bersaiz 1.0 μm. Set-set sluri disediakan untuk setiap saiz serbuk alumina berdasarkan peratusan kandungan pepejal. Segala pemerhatian diteliti semasa penyediaan spesimen. Setelah pensinteran dilakukan, ujian-ujian pencirian seperti pengecutan linear, ujian ketelapan, ujian ketumpatan dan kajian mikrostruktur dilakukan ke atas spesimen. Keputusan kajian ini mendapati bahawa saiz serbuk alumina yang optimum adalah Alumina Metco 105SFP dan peratus kandungan pepejal optimum bagi serbuk ini ialah 50%. Teknik Tuangan Gel ini juga berupaya menghasilkan bentuk jasad yang kompleks yang padat dan kuat tanpa runtuhan. Kesan saiz partikel dan tempoh pengadukan telah dikenalpasti, termasuk parameter yang memberi kesan kepada sifat-sifat fizikal ke atas mikrostruktur jasad krusibel. Muatan pepejal yang optimum bagi setiap jenis alumina adalah, Alumina Metco 105SFP-50, 001306-30, Metkon 1.0μm-38, Metkon 0.3μm-39 dan Metkon 0.05μm-15% isipadu. Kandungan monomer (AM) yang ditambah kepada sluri adalah sebanyak 20% berat dan MBAM adalah sebanyak 2% berat. Kesan kepada bahan mula, terutamanya saiz partikel telah dianalisis berdasrkan analisis mikrostruktur dan Ujian Ketumpatan. Dan untuk kesan tempoh pengadukan telah dianalisis dengan kajian mikrostruktur. Ia melihat kepada saiz dan liang-liang pada jasad anum adalah berkurang dengan mengurangkan saiz partikel. Tempoh pengadukan yang optimum berdasarkan kajian mikrostruktur adalah selama 8 jam.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TN Mining Engineering. Metallurgy
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral (School of Material & Mineral Resource Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 28 Feb 2023 07:38
Last Modified: 28 Feb 2023 07:38
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57082

Actions (login required)

View Item View Item
Share