Pembangunan Metodologi Pemilihan Dan Penilaian Teknologi Memproses Sisa Industri Kelapa Sawit Menggunakan Kaedah Analisis Hierarki Proses

Ishak, Aulia (2018) Pembangunan Metodologi Pemilihan Dan Penilaian Teknologi Memproses Sisa Industri Kelapa Sawit Menggunakan Kaedah Analisis Hierarki Proses. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (579kB) | Preview

Abstract

Sisa buangan cecair dan pepejal yang dihasilkan oleh industri kelapa sawit banyak menyumbang kepada kerosakan alam sekitar jika ia tidak dikendalikan dengan baik. Sisa tersebut terdiri sebanyak 70% daripada jumlah sebenar bahan mentah yang dimana hampir separuh dalam bentuk cecair. Keadaan menjadi lebih buruk kerana industri ini semakin berkembang setiap tahun. Pihak industri kelapa sawit harus mempunyai teknologi pemprosesan sisa yang mesra alam dan mampu memberikan nilai tambah. Terdapat banyak alternatif untuk memproses sisa industri kelapa sawit, bermula dari teknologi paling canggih sehingga teknologi konvensional. Kesukaran untuk memilih dan menilai dan melaksanakan teknologi paling tepat bagi syarikat tertentu dari pelbagai teknologi alternatif menjadi permasalahan yang utama. Oleh itu, sebuah Sistem Sokongan Keputusan (SSK) telah dibangunkan untuk membantu mengenal pasti, menilai dan memilih teknologi memproses sisa industri itu. Di dalam penyelidikan ini, tiga operasi telah dibangunkan dalam MySQL iaitu sebuah pengkalan data untuk teknologi pemprosesan sisa; Pengenalan kriteria menggunakan pendekatan Analisis Hierarki Proses (AHP) dan Kaedah analisis data yang diguna pakai. Nilai penilaian teknologi pemprosesan yang digunakan terdiri daripada nilai nominal dari empat perspektif, iaitu dari aspek ekonomi, alam sekitar, dan teknologi. Pengesahan program pemilihan teknologi pemprosesan sisa membuktikan bahawa peringkat dan hasil analisis program telah selaras dengan objektif pemodelan dimana hubungan input dan output serta konsep logik model yang direka bentuk telah tepat mewakili masalah yang dikaji . Kaedah AHP juga sebagai alat terbukti sesuai untuk proses membuat keputusan pemilihan teknologi pemprosesan sisa. Perlu ada pelarasan untuk melaksanakan model ini di industri kelapa sawit, oleh itu pengkalan data perisian boleh dikemaskini dan algoritma program boleh di ubah suai menurut keperluan pengguna. Kajian ini dapat membantu dalam usaha membuat keputusan dan mengoptimumkan pemprosesan semula sisa cecair dan pepejal kilang kelapa sawit.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: T Technology
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (School of Mechanical Engineering) > Thesis
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 22 Dec 2022 04:23
Last Modified: 22 Dec 2022 04:23
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/56098

Actions (login required)

View Item View Item
Share