Peramalan Kedalaman Keruk Di Sekitar Pier Menggunakan Kaedah Regresi Teguh

Mohamed, Ahmad Hakimi (2005) Peramalan Kedalaman Keruk Di Sekitar Pier Menggunakan Kaedah Regresi Teguh. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (778kB) | Preview

Abstract

Perkembangan teknologi dan peramalan terkini dalam melakukan kajian terhadap fenomena semulajadi terhadap keruk di sekitar pier semakin meluas. Ini adalah kerana faktor peramalan sangat penting bagi mewujudkan satu kombinasi rekabentuk yang selamat, ekonomi serta seimbang. Keruk terbentuk hasil daripada aliran bergelora yang dihalang oleh pier sesuatu jambatan dan menyebabkan proses degredasi pada pier di dasar sesuatu sungai berlaku dalam suatu jangkamasa yang panjang. Fenomena keruk yang wujud di sekitar pier pada sesuatu jambatan akan mengganggu kekuatan struktur yang direkabentuk jurutera lalu menyebabkannya gagal. Tetapi, kaedah peramalan ini tidak dapat digunakan untuk mendapatkan suatu nilai yang tepat disebabkan faktor persekitaran yang sentiasa berubah. Oleh sebab itu, ia tidak sesuai untuk diaplikasikan untuk semua keadaan. Di samping itu, melalui peramalan yang dibuat, risiko untuk sesuatu jambatan mengalami kegagalan adalah sangat rendah sekiranya faktor peramalan ini diambilkira semasa rekabentuk dibuat. Kajian telah dilakukan oleh Simon dan Senturk (1992), Kafi dan Annan (1995) dimana mereka telah berjaya membangunkan beberapa persamaan bagi tujuan peramalan. Mereka berpendapat sekiranya pekali bagi pemalar dan eksponen bagi persamaan ini diterbitkan dengan menggunakan data lapangan, ketepatannya adalah semakin tinggi. Berdasarkan cadangan tersebut, Ab. Ghani dan Nalluri (1996) telah membangunkan beberapa persamaan baru bagi mengatasi setiap kelemahan yang wujud untuk mendapatkan nilai kejituan yang lebih tinggi berpandukan data lapangan tersebut. Melalui kajian ini, analisis akan dilakukan dengan menggunakan perisian S-PLUS melalui tiga kaedah regresi teguh.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 17 Mar 2023 01:39
Last Modified: 17 Mar 2023 01:39
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57408

Actions (login required)

View Item View Item
Share