Kajian Terhadap Masalah Banjir Di Sungai Senam,Ipoh Berpandukan Manual Saliran Mesra Alam

Mohd Radzi, Ridza'uddin (2005) Kajian Terhadap Masalah Banjir Di Sungai Senam,Ipoh Berpandukan Manual Saliran Mesra Alam. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (740kB) | Preview

Abstract

Masalah Banjir kilat adalah merupakan salah satu kesan akibat proses urbanisasi yang pesat di sesuatu kawasan tersebut. Dimana, ia mengakibatkan peningkatan kawasan tidak telap air dan meningkatkan kadar luahan air semasa hujan lebat.Rangkaian sistem saliran kaedah konvensional tidak lagi mampu untuk mengawal kesan urbanisasi ini. Oleh yang demikian satu kaedah baru yang lebih mesra alam diperkenalkan oleh pihak Jabatan Pengairan dan saliran untuk diimplementasikan dalam sektor pembangunan negara. Manual Saliran Mesra Alam digunakan bagi menganalisa dan merekabentuk rangkaian sistem saliran yang lebih baik dan dapat mengawal kuantiti kadaralir dan kualiti air larian sesuatu kawasan tadahan. Justeru itu, kajian masalah banjir di Sungai Senam akan menggunakan manual ini untuk menilai dan mencari punca masalah banjir kilat dibeberapa kawasan yang telah dikenal pasti. Disamping itu, beberapa langkah pencegahan akan disyorkan bagi menangani masalah banjir kilat ini. Data-data yang diperolehi seperti aras dasar, aras banjir, aras tanah dan saiz sediada sistem saliran adalah berdasarkan kerja-kerja ukur yang telah dijalankan di tapak. Analisa hidraulik yang dilakukan adalah berpandukan persamaan-persamaan manning’s, jadual dan graf didalam Manual saliran Mesra Alam. Keputusan yang diperolehi akan dinilai dan dianalisa bagi tujuan kajian selanjutnya.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 15 Mar 2023 06:06
Last Modified: 15 Mar 2023 06:06
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57343

Actions (login required)

View Item View Item
Share