Kajian Rekabentuk Rumah Banglo 2 Tingkat Menggunakan Konkrit Terubahsuai Polimer Lateks

Benjamin, Luke Jetie (2003) Kajian Rekabentuk Rumah Banglo 2 Tingkat Menggunakan Konkrit Terubahsuai Polimer Lateks. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (323kB) | Preview

Abstract

Memiliki bangunan atau tempat kediaman yang mempunyai pemandangan yang menarik, contohnya pemandangan di tepi pantai menjadi idaman bagi setiap individu atau keluarga. Tetapi, seringkali struktur rumah kediaman atau bangunan khususnya mempunyai masalah yang ketara sekiranya ia dibina berdekatan dengan tepi pantai, khususnya yang mudah terdedah kepada air masin, seperti air laut. Masalah ini mungkin dapat dikurangkan dengan penggunaan konkrit terubahsuai polimer lateks (KTPL) di dalam pembinaan struktur tersebut. Bagaimanapun, para kontraktor kurang menggemari menggunakan konkrit terubahsuai polimer sepenuhnya di dalam pembinaan kerana kos yang kurang efisien, iaitu kos pembinaan yang agak tinggi. Pada hakikatnya, penggunaan konkrit terubahsuai polimer merupakan alternatif terbaik dari segi kos juga kerana ia terbukti melibatkan kos kitaran hayat (life cycle cost) bagi struktur tersebut, cuma sebilangan kontraktor atau pemaju yang tidak menyedari hakikat ini. Disertasi ini bertujuan membandingkan perubahan kuantiti tetulang di antara penggunaan konkrit konvensional dan juga konkrit terubahsuai polimer. Ia juga bertujuan untuk melihat perubahan harga kuantiti isipadu konkrit jika dibandingkan penggunaan konkrit konvensional atau konkrit terubahsuai polimer. Kedua – dua data ini diperolehi dengan merekabentuk struktur rumah banglo sebagai model rujukan. Keputusan yang diperolehi mendapati penggunaan konkrit terubahsuai polimer memberikan harga kuantiti konkrit dan juga kuantiti tetulang yang lebih tinggi daripada penggunaan konkrit konvensional. Literasi ini penting kerana mungkin konkrit terubahsuai polimer dapat digunakan sepenuhnya dalam industri pembinaan pada masa hadapan.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 15 Mar 2023 03:42
Last Modified: 15 Mar 2023 03:42
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57336

Actions (login required)

View Item View Item
Share