Kajian Kes Ke Atas Masalah Kecacatan Dan Keretakan Konkrit Di Empangan Hidroelektrik Stesen Janaelektrik Chenderoh

Kasim, Mohd Yusof (2005) Kajian Kes Ke Atas Masalah Kecacatan Dan Keretakan Konkrit Di Empangan Hidroelektrik Stesen Janaelektrik Chenderoh. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (478kB) | Preview

Abstract

Industri pembinaan di Malaysia adalah merupakan suatu bidang yang sedang berkembang maju dan cepat selaras dengan kemajuan negara. Kita sedang menuju ke arah negara maju menjelang abad ke 21 ini. Tidak dapat kita nafikan penggunaan konkrit di dalam pembinaan adalah sangat meluas sekali. Namun di sebalik keghairahan kita atau pihak-pihak yang berkenaan ingin menjayakan sesuatu projek pembinaan misalnya, masih terdapat beberapa kelemahan seperti berlakunya kecacatan dan kegagalan ke atas struktur konkrit yang dibina. Apabila terdapatnya kecacatan ataupun kegagalan ke atas struktur konkrit terpaksalah pihak berkenaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menanganinya. TNB sebagai sebuah syarikat yang mempunyai tanggungjawab membekalkan tenaga elektrik dengan rangkaian stesen janakuasa dan empangan yang diperbuat dari konkrit, tidak dapat dielakkan dari mengalami kerosakan dan kecacatan pada struktur konkrit. Melalui kajian kes ini, akan dapat diketahui punca keretakan dari pelbagai faktor seperti kaedah pembinaan, serangan kimia seperti pengkarbonatan, faktor geologi dan geografi, faktor bahan yang digunakan dan sebagainya. Saiz keretakan pada struktur konkrit itu perlu dipantau pada setiap bulan untuk suatu jangkamasa. Daripada data yang dicerap, hasil kajian mendapati kejadian keretakan pada struktur konkrit pada umumnya adalah disebabkan oleh pengecutan kering dan pergerakan awal haba serta memerlukan dijalankan kerja-kerja membaikpulih supaya struktur tersebut terjamin lebih kukuh dan jangka hayatnya dapat dipanjangkan serta selamat digunakan.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 15 Mar 2023 03:19
Last Modified: 15 Mar 2023 03:19
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57331

Actions (login required)

View Item View Item
Share