Mohd Muztaza, Norhidayahti (2025) Arkeologi Awam Dalam Amalan Permuziuman Di Malaysia. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
|
PDF
Download (482kB) |
Abstract
Muzium diakui sebagai medium arkeologi awam berdasarkan peranannya dalam mendedahkan pengetahuan arkeologi serta mewujudkan penglibatan orang awam dengan arkeologi. Walau bagaimanapun, terdapat jurang kajian mengenai amalan permuziuman berdasarkan perspektif arkeologi awam walaupun terdapat banyak muzium yang dibangunkan khas untuk pameran koleksi dan penyelidikan arkeologi di Malaysia, di samping kajian seumpama ini telahpun banyak diterbitkan oleh penerbitan luar negara. Jurang kajian tersebut menjadi motivasi penyelidik untuk meneroka amalan permuziuman di Malaysia berdasarkan perspektif arkeologi awam dengan menyelidik peranannya dalam mendedahkan pengetahuan arkeologi serta inisiatif muzium untuk melibatkan orang awam dengan arkeologi. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah kajian campuran melibatkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif bagi memperoleh data kajian. Aktiviti pengumpulan data dilaksanakan di sembilan buah muzium dan galeri arkeologi di Malaysia, melibatkan kaedah pemerhatian ke atas aspek persembahan kandungan arkeologi di muzium, temu bual dengan kakitangan muzium untuk mendapatkan maklumat mengenai amalan muzium dalam aspek pendedahan pengetahuan arkeologi dan penglibatan awam berkaitan arkeologi, serta edaran borang soal selidik kepada pengunjung muzium bagi memperoleh maklumat mengenai latar belakang dan perspektif mereka mengenai arkeologi dan muzium arkeologi yang dikunjungi.
| Item Type: | Thesis (PhD) |
|---|---|
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > GN700-890 Prehistoric archaeology |
| Divisions: | Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (Centre for Global Archaeological Research) > Thesis |
| Depositing User: | Mr Aizat Asmawi Abdul Rahim |
| Date Deposited: | 24 Jul 2026 08:29 |
| Last Modified: | 24 Jul 2026 08:29 |
| URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/64716 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |



