Kajian Kes Eksplorasi Kolaborasi Antara Artis Seni Dan Murid Disleksia Dalam Proses Seni Artistik Kreatif

Abidin, Tengku Nurlida Tengku Zainul (2023) Kajian Kes Eksplorasi Kolaborasi Antara Artis Seni Dan Murid Disleksia Dalam Proses Seni Artistik Kreatif. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (668kB) | Preview

Abstract

Teknik mengajar yang terbaik bagi kanak-kanak adalah di ajar secara bersesuaian dengan cara mereka belajar. Kanak-kanak disleksia mempunyai kecerdasan visual yang tinggi tetapi mengalami kesukaran dan kecelaruan untuk membaca. Oleh kerana itu mengajar kanak-kanak disleksia mesti merangkumi aspek asas seperti kanak-kanak normal yang lain. Penyelidikan ini meninjau keberkesanan sesi pembelajaran kanak-kanak disleksia berdasarkan model pengajaran alternatif yang mengetengahkan gabungan tiga teori utama iaitu Model Komponen Kreativiti Amabile, Teori ZPD Vygotsky dan Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak Lowenfeld dengan berfokuskan kepada subjek Pendidikan Seni Visual dalam membantu kanak-kanak disleksia menzahirkan kreativiti, kemahiran kognitif dan psikomotor melalui kolaborasi bersama artis visual. Di dalam konteks ini, Kolaborasi Seni bersama artis seni visual diterapkan untuk menguji penerimaan murid disleksia ketika pemerhatian dilakukan. Penyelidikan secara kualitatif dilaksanakan dengan melibatkan pemerhatian ke atas empat sesi kolaborasi bersama empat artis seni visual yang dilakukan secara berkala dan berasingan. Setiap jenis sesi berkenaan melibatkan tujuh murid disleksia yang merangkumi kerja seni kreatif. Hasil kajian mendapati persekitaran inklusif menyokong pembelajaran berlaku tanpa sebarang prejudis. Kepelbagaian dalam pendekatan dan kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh artis visual mendorong kepada perkembangan kreativiti kanak-kanak disleksia. Selain itu pendekatan yang fleksibel membenarkan ekspresi artistik berlaku dan kebolehsuaian kaedah disesuaikan dengan kekuatan kognitif mereka. Pemerkasaan artis visual sebagai mentor pakar yang mengamalkan komunikasi terbuka yang memberi galakan yang positif dan meraikan perspektif murid disleksia dalam hala tuju proses kreatif ini. Hasil karya mereka telah menunjukkan penguasaan artistik kreatif yang menepati aspek psikomotor, kognitif, emosi, persepsi, sosial dan estetik. Ini jelas membuktikan Kolaborasi Seni bersama artis manpu untuk memperkayakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang memberikan impak positif dalam pemupukan kreativiti dan meningkatkan pengalaman artistik murid disleksia dengan lebih luas dan baru.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > Thesis
Depositing User: Mr Noor Azizan Abu Hashim
Date Deposited: 10 Jul 2024 01:19
Last Modified: 10 Jul 2024 01:23
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/60804

Actions (login required)

View Item View Item
Share