Kajian Resonans Magnet Nukleus Denyut Dan Kalorimetri Penskanan Diferensial Ke Atas Retrogradasi Kanji

Teo, Chin Heng (1992) Kajian Resonans Magnet Nukleus Denyut Dan Kalorimetri Penskanan Diferensial Ke Atas Retrogradasi Kanji. Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (26MB) | Preview

Abstract

Suatu kaedah NMR denyut yang cepat dan tak memusnah telah diperkembangkan untuk mengkaji retrogradasi kanji. Kaedah ini berdasarkan prinsip bahawa isyarat NMR dari komponen 'seperti pepejal' dan komponen cecair bagi sesuatu sistem menyusut pada kadar yang amat berbeza berikutan satu denyutan frekuensi radio 90°. Penghabluran semula dan persekutuan molekul kanji yang berlaku semasa penuaan gel kanji menyebabkan peningkatan komponen 'seperti pepejal' di dalam sistem. Sebaliknya, isyarat dari komponen cecair berkurangan. Kaedah ini telah digunakan untuk mengkaji kinetiks retrogradasi kanji-kanji dari asal usul botanikaI yang berlainan dan kelakuan retrogradasi campuran-campuran binari kanji. Persamaan Avrami telah.digunakan untuk mengkaji kinetiks retrogradasi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T1-995 Technology(General)
Divisions: Pusat Pengajian Teknologi Industri (School of Industrial Technology) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 11 Oct 2023 01:45
Last Modified: 12 Oct 2023 02:01
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59471

Actions (login required)

View Item View Item
Share