Penyongsangan Voltan Resonan Untuk Bekalan Lampu Nyahcas

Jahaffar, Syahrizal (2005) Penyongsangan Voltan Resonan Untuk Bekalan Lampu Nyahcas. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (113kB) | Preview

Abstract

Projek ini bertujuan untuk merekabentuk satu litar elektronik balast bagi kegunaan lampu nyahcas. Balast ini melibatkan penukar dari sumber voltan AC ke voltan DC. Voltan DC ini pula akan disongsangkan kepada gelombang sinusoidal voltan AC dengan frekuensi tinggi dan seterusnya dihantar ke lampu. Sebelum penukaran voltan AC ke DC, penapis EMI diletakkan supaya dapat mengurangkan kesan elektromagnetik. Dalam projek ini juga mengunakan pensuisan PWM untuk memicu IGBT yang terdapat dalam litar penyongsang. Terdapat perlindungan dan sistem kawalan untuk melindungi litar dari voltan lampau dan keadaan tidak normal. Kelebihan projek ini adalah untuk memanjangkan hayat lampu dan meningkatkan kualiti cahaya. Perlaksanaan projek ini dimulakan dengan memahami teori dan konsep asas sistem lampu dan balast. Dengan ini ianya dapat memberi gambaran yang jelas mengenai litar yang dibina. Rekabentuk litar secara simulasi juga dilakukan dengan menggunakan perisian PSIM. Pemilihan komponen yang sesuai juga dapat ditentukan. Ujikaji makmal dilakukan keatas ketiga-tiga litar tersebut iaitu penapis EMI, litar penerus gelombang penuh, litar penyongsang separuh termasuk juga litar pensuisan PWM. Terdaapt dua peringkat ujikaji iaitu bahagian demi bahagian dan perlaksanaan keseluruhan. Keputusan makmal dipaparkan melalui gambaran pada alat osiloskop dan juga alat pengukuran voltan. Pengiraan juga dilakukan berdasarkan keluaran yang terhasil bagi membezakan keputusan makmal dan teori. Hanya dua litar sahaja yang dapat memberikan keputusan seperti di dalam simulasi. Ini berpunca daripada salah satu litar yang tidak berfungsi seperti yang diharapkan. Ini memberi kesan kepada ujian peringkat kedua iaitu perlaksanaan keseluruhan dan masih dalam proses pembaikkan.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 10 Apr 2023 09:50
Last Modified: 10 Apr 2023 09:50
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57932

Actions (login required)

View Item View Item
Share