Integrasi Rekabentuk Untuk Pemasangan (DFA) Dan Rekabentuk Untuk Pemodularan (DFMO) Untuk Meningkatkan Prestasi Produk

Mohd Marzuki, Saipul Nizam (2005) Integrasi Rekabentuk Untuk Pemasangan (DFA) Dan Rekabentuk Untuk Pemodularan (DFMO) Untuk Meningkatkan Prestasi Produk. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (227kB) | Preview

Abstract

Rekabentuk untuk Pemasangan (DFA) dan Rekabentuk untuk Pemodularan (DFMo) adalah salah satu kaedah yang lazimnya digunakan bagi meningkatkan prestasi sesuatu produk itu. Secara umumnya, konsep Rekabentuk untuk Pemasangan (DFA) adalah mengurangkan jumlah komponen - komponen kecil dengan cara menggabungkan komponen - komponen kecil itu menjadi satu komponen besar bagi memudahkan pemasangan produk itu. Manakala Rekabentuk untuk Pemodularan (DFMo) pula, berkonsepkan memecahkan sesuatu komponen yang besar itu menjadi beberapa komponen - komponen yang kecil bagi mengurangkan kerumitan pemasangan komponen – komponen itu. Projek ini bertujuan untuk mengkaji konsep – konsep asas yang terdapat pada Rekabentuk untuk Pemasangan (DFA) dan Rekabentuk untuk Pemodularan (DFMo) dan menggabungkan kedua – dua konsep ini bagi meningkatkan prestasi sesuatu produk itu dengan cara mengurangkan kerumitan pemasangan komponen itu dan dalam masa yang sama mengurangkan jumlah komponen – komponen bahagian yang terlibat. Bagi kajian kes, dua jenis soket yang berlainan; soket biasa dan juga modular soket yang di bangunkan pada projek yang lepas digunakan. Analisis dijalankan dengan menggunakan perisian Analisis Aliran Acuan dimana kedua – dua soket itu akan dianalisis dan keputusan analisis itu akan dibandingkan dari segi parameter – parameter tertentu seperti masa aliran, tekanan, suhu, penentuan lokasi dan jumlah laluan masukan yang sesuai, kualiti dan sebagainya. Hasil daripada analisis yang dijalankan ini, keputusan menunjukkan modular soket adalah lebih baik daripada soket biasa dari segi masa aliran masukan dan lain – lain parameter.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 03 Apr 2023 04:39
Last Modified: 03 Apr 2023 04:39
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57729

Actions (login required)

View Item View Item
Share