Nik Yusoff, Nik Zainal Abidin (2005) Denyut Voltan Tinggi. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)
|
PDF
Download (446kB) | Preview |
Abstract
Permintaan pengguna ke atas makanan sentiasa berubah. Pada hari ini pengguna menuntut makanan yang segar dan asli. Pempasteuran terma bukan sahaja boleh membunuh mikroorganisma tetapi boleh memberi kesan kepada rasa, warna dan kualiti makanan yang digunakan. Kaedah pempasteuran sejuk dibangunkan untuk membunuh mikroorganisma tanpa penggunaan haba. Salah satu kaedah ialah dengan menggunakan medan denyut elektrik untuk pempasteuran makanan cecair. Kajian adalah melibatkan penggunaan medan denyut elektrik keatas makanan cecair seperti susu. Sampel susu dimasukkan ke dalam bekas rawatan dan dirawat menggunakan medan denyut elektrik. Maksimum voltan yang mampu dibekalkan ialah 17 kV. Parameter seperti kekuatan medan elektrik, bilangan denyut, lebar denyut diubah-ubah untuk mengkaji kesannya terhadap kadar ketidakaktifan mikroorganisma.
Item Type: | Monograph (Project Report) |
---|---|
Subjects: | T Technology T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering |
Divisions: | Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph |
Depositing User: | Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman |
Date Deposited: | 28 Mar 2023 06:58 |
Last Modified: | 28 Mar 2023 06:58 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/57595 |
Actions (login required)
View Item |