Abdul Lathiff, Mohd Siroj
(2021)
Analisis Ḥadīth-Ḥadīth Uslub Dakwah Bi Al-Lisān Terhadap Wanita Berdasarkan Ṣaḥiḥ Al-Bukhārī.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini merupakan analisis terhadap ḥadīth-ḥadīth uslub dakwah bi al-Lisān terhadap wanita dalam Ṣaḥiḥ al-Bukhārī. Terdapat ḥadith-ḥadith Nabi SAW berkaitan dakwah bi al-Lisān terhadap wanita yang didakwa sebagai menindas dan merendahkan martabat mereka termasuklah yang diriwayatkan dalam Ṣaḥiḥ al-Bukhārī. Perkara ini memberi kesan dari sudut pemahaman uslub dakwah bi al-Lisān yang dipraktikkan oleh Nabi SAW terhadap wanita hingga wujudnya dakwaan yang salah terhadap Nabi SAW. Kajian ini bertujuan mengkaji uslub dakwah bi al-Lisān terhadap wanita menurut perspektif al-Quran dan al-Ḥadīth di samping mengkaji ketokohan al-Bukhārī dari sudut periwayatan ḥadith-ḥadith berkaitan wanita dalam Ṣaḥiḥ al-Bukhārī.
Actions (login required)
|
View Item |