Persepsi Pengguna Terhadap Serat Tandan Sawit Ke Arah Pembangunan Produk Kraf

Yahaya, Siti Rohaya (2019) Persepsi Pengguna Terhadap Serat Tandan Sawit Ke Arah Pembangunan Produk Kraf. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (237kB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini membentangkan satu konsep pembangunan material yang berasaskan Persepsi Pengguna Terhadap Serat Tandan Sawit. Objektif utama penyelidikan adalah mengukur tahap persepsi pengguna terhadap penggunaan serat tandan sawit untuk diaplikasikan dalam pembuatan produk kraf. Selain itu, konsep pembangunan material yang dibangunkan, bertujuan bagi memenuhi keperluan pendidikan material dalam bidang seni dan kraf, di peringkat pengajian tinggi tempatan. Penyelidikan ini melibatkan lima (5) pemboleh ubah, iaitu pengetahuan material, pengalaman sensori, kesedaran potensi, penerimaan estetika dan pembangunan produk kraf. Kaedah penyelidikan Mixed Method Sequential Explanatory Design telah digunakan dengan melibatkan dua fasa, iaitu fasa kuantitatif dan fasa kualitatif. Kedua-dua kaedah tersebut bertujuan bagi menghasilkan dapatan yang lebih jelas dan kukuh, disamping memantapkan sokongan kepada hasil dapatan dalam fasa kuantitatif. Kaedah triangulasi data, iaitu pengumpulan data melalui instrumen soal selidik, temu bual dan pemerhatian telah digunakan dalam penyelidikan ini. Responden penyelidikan pula terdiri daripada pelajar seni dan profesional dalam bidang kraf dan tekstil. Dalam penyelidikan ini, data soal selidik yang diperolehi menerusi fasa kuantitatif telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi melalui penggunaan perisian SPSS 24.0. Analisis deskriptif dijalankan untuk menilai tahap kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawaian. Manakala analisis inferensi pula, ujian MANOVA, Korelasi Pearson dan Regerasi Berganda, digunakan untuk mengenalpasti perbezaan, hubungan dan pengaruh antara setiap pemboleh ubah. Seterusnya, fasa kualitatif pula telah melibatkan data yang diperolehi melalui penggunaan instrumen temu bual dan pemerhatian. Kedua dua data ini di analisis secara manual coding. Analisis data kualitatif bertujuan untuk menyokong statistik dan menjawab persoalan dalam dapatan kuantitatif. Triangulasi daripada ketiga-tiga dapatan mendapati lima (5) pemboleh ubah yang dibangunkan menunjukkan hubungan dan pengaruh yang kuat dan saling berkait di antara satu sama lain. Sehubungan itu, persepsi pengguna terhadap material dan kraf sawit memberi implikasi positif ke arah penambahbaikan dan pembentukan konsep pembangunan material dan kraf sawit yang mampan dan berdaya saing. Penyelidikan ini di harap dapat menyumbang ke arah mengintegrasikan penyelidikan yang melibatkan sains dan seni sebagai satu bidang yang mampu memberi peluang dan nilai tambah kepada ekonomi masyarakat dan industri kraf tempatan.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General) > S439 Agricultural geography
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 27 Apr 2022 01:43
Last Modified: 27 Apr 2022 01:43
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52419

Actions (login required)

View Item View Item
Share