Kesan Kedalaman Dan Tempoh Masa Banjir Terhadap Keutuhan Subgred Jalan Raya Berdasarkan Peristiwa Banjir Sebenar

Ismail, Muhd Shahril Nizam (2021) Kesan Kedalaman Dan Tempoh Masa Banjir Terhadap Keutuhan Subgred Jalan Raya Berdasarkan Peristiwa Banjir Sebenar. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (275kB) | Preview

Abstract

Kerosakan jalan raya akibat banjir boleh memberi kesan kepada perbelanjaan yang besar untuk pemulihan dan penyelenggaraan selepas berlakunya bencana banjir. Apabila banjir berlaku, subgred jalan raya adalah lapisan yang paling mudah terdedah kepada kesan banjir kerana ia berada di bahagian bawah struktur jalan raya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri banjir dan menganggar kandungan lembapan bagi jalan raya yang ditenggelami banjir. Ia merangkumi klasifikasi bagi kedalaman banjir, tempoh masa banjir dan banjir berulang berdasarkan peristiwa banjir sebenar dari tahun 1991 sehingga 2014 yang berlaku di jalan raya seluruh Malaysia. Klasifikasi ini digunakan bagi membina rig simulasi banjir untuk mengkaji variasi kandungan lembapan dalam subgred tanah berdasarkan kedalaman, tempoh masa dan kekerapan banjir. Kajian ini mendedahkan bahawa kedalaman banjir yang berlaku di jalan raya boleh diklasifikasikan kepada 0.3 m, 0.6 m dan 1.0 m bagi pelbagai kategori banjir. Kajian ini juga mendedahkan kemerosotan subgred bagi banjir berulang pertama dan banjir berulang kedua adalah melebihi 50% berdasarkan kedalaman dan tempoh masa tertentu. Walau bagaimanapun kesan kemerosotan subgred banjir berulang kedua adalah lebih signifikan daripada banjir berulang pertama. Terdapat hubungan yang kuat di antara kandungan kelembapan dan kekuatan subgred dengan koefisien korelasi R2 untuk banjir tidak berulang ialah 0.80 manakala bagi banjir berulang ialah 0.79. Kajian ini juga berjaya membangunkan prosedur Model fizikal Simulasi Banjir (MSB) untuk pengujian tanah bagi kawasan berisiko banjir.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: T Technology
T Technology > TC Hydraulic engineering. Ocean engineering > TC530-537 River protective works. Regulation. Flood control
Divisions: Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan (School of Housing, Building & Planning) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 04 Apr 2022 23:55
Last Modified: 04 Apr 2022 23:55
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52176

Actions (login required)

View Item View Item
Share