Mohamad, Siti Sharipah (2020) Pemahaman Guru Tabika Terhadap Teknik Scaffolding Dan Pelaksanaannya Dalam Aktiviti Membaca. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
|
PDF
Download (351kB) | Preview |
Abstract
Aktiviti membaca dalam kalangan kanak-kanak melibatkan domain kognitif dan domain afektif daripada perspektif psikologi pendidikan. Keupayaan kanak-kanak memahami simbol, membuat perkaitan antara simbol dan makna sosial serta kebolehan mereka menaakul dapat dikembangkan semasa aktiviti membaca. Walau bagaimanapun, terdapat kepelbagaian aspek pemahaman dan pelaksanaan guru dalam aktiviti tersebut, khususnya melibatkan teknik scaffolding dalam usaha menggerakkan potensi kanak-kanak kepada tahap yang optimum. Kajian kualitatif dijalankan bertujuan meneroka pemahaman dan pelaksanaan teknik scaffolding guru TABIKA dalam aktiviti membaca melibatkan bahan visual dan bukan visual. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dan melibatkan tiga orang guru TABIKA. Data diperoleh melalui kaedah temu bual, pemerhatian aktiviti membaca di bilik darjah dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan guru TABIKA mempunyai pemahaman yang kurang terhadap teknik scaffolding. Oleh itu, terdapat kepelbagaian pelaksanaan teknik scaffolding oleh guru yang dapat dikaitkan dengan aspek pemahaman mereka yang tidak jelas. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pemahaman dan pelaksanaan teknik scaffolding guru TABIKA di bilik darjah mempengaruhi motivasi kanak-kanak untuk membaca serta sikap mereka untuk berinteraksi dalam proses memahami bahan bacaan yang dibaca.
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB1101-1139 Child study |
Divisions: | Koleksi Bahasa Melayu (Malay Language Collection) > Book Koleksi Bahasa Melayu (Malay Language Collection) > Thesis Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis |
Depositing User: | Mr Mohammad Harish Sabri |
Date Deposited: | 13 Mar 2022 14:15 |
Last Modified: | 13 Mar 2022 14:15 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/51904 |
Actions (login required)
View Item |