Perkembangan Tamadun Islam Di Sulawesi Selatan, Indonesia:Dari Perspektif Arkeologi Dan Sejarah

Rosmawati, Rosmawati (2013) Perkembangan Tamadun Islam Di Sulawesi Selatan, Indonesia:Dari Perspektif Arkeologi Dan Sejarah. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (453kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mendapatkan data dan maklumat yang lebih komprehensif tentang tamadun Islam di kawasan Sulawesi Selatan, khususnya dari segi taburan, asal usul, jenis, masa perkembangan, pengaruh budaya tempatan, makna yang dikandungi dan peranannya di Nusantara. Penyelidikan dijalankan dengan menggunakan dua kaedah iaitu, kaedah arkeologi dan kaedah sejarah. Jumlah tapak yang dikaji adalah sebanyak 29 buah. Hasil kajian menunjukkan bahawa masa awal Islamisasi iaitu, abad ke-16/17 Masihi, mendapat pengaruh yang kuat daripada budaya Melayu Islam. Jirat dan nisan makam yang pertama berkembang di kawasan berkenaan adalah jirat makam sederhana jenis peti batu, kemudian di atasnya dipacakkan nisan jenis Acheh bagi raja yang berkemampuan secara ekonomi atau jenis menhir bagi masyarakat biasa. Pada masa akhir abad ke-17 Masihi, mulai muncul budaya tempatan berakulturasi dengan budaya Islam Tanah Melayu. Makam-makam raja mulai dibuat megah. Memasuki abad ke-18 Masihi, budaya tempatan semakin kuat berperanan, iaitu menonjolkan unsur-unsur budaya pra Islam yang berkembang secara tempatan. Pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 Masihi, budaya tempatan semakin kuat dalam kewujudan tamadun Islam di kawasan tersebut, dengan anasir-anasir budaya megalitik yang kuat, dan bentuk-bentuk tamadun Islam dipengaruhi oleh faktor budaya tempatan. Tamadun Islam yang berkembang pada abad ke-17 hingga 19 Masihi, di Sulawesi Selatan bercirikan makam-makam bercorak Makassar dan Bugis yang juga ditemui di kawasan-kawasan lain di Nusantara.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Access full text: Off Campus Log In Via OpenAthens
Subjects: C Auxiliary Sciences of History > CC Archaeology > CC1-960 Archaeology
Divisions: Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (Centre for Global Archaeological Research) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 13 Feb 2020 05:29
Last Modified: 13 Feb 2020 05:29
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46205

Actions (login required)

View Item View Item
Share