Husin, Ainon Rosmanira Mat
Hubungan Etnik Selepas Perang Dunia Kedua
Dan Pengasuh.
In:
Persidangan Nasional Sejarah Dan Sejarawan Malaysia 2017 Memperkasa Sejarah Nasional Dalam Melestarikan Pembanggunan Negara.
Universiti Sains Malaysia, pp. 49-74.
Abstract
Kajian ini meninjau hubungan etnik di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua melalui
majalah Pengasuh. oleh kerana Pengasuh adalah sebuah majalah yang didokong oleh
kepimpinan ulama, maka secara tidak langsung kajian ini memperlihatkan perspektif
pemikiran golongan agama terhadap hubungan etnik di ranah Melayu. penekanan juga
diberikan terhadap punca tercetusnya ketegangan kaum di Tanah Melayu selepas Perang
Dnnia Kedua. Sumber utama yang digunakan dalam kajian ini ialah majalah Pengasuh dan
laporan British Military Administration (BMA). Salinan majalah Pengasuh dan laporan BMA
diperolehi daripada Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, Perpustakaan Universiti Malaya
cawangan Nilampuri, Kelantan dan Perpustakaan Majlis Agama Islam Kelantan, Panji, Kota
Bharu. Kajian ini memperlihatkan ketegangan kaum yang berlaku adalah berpunca daripada
etnik Cina. Pengasuh mengaitkan hal ini dengan kemasukan orang Cina secara haram dan
tanpa kawalan selepas Perang Dunia Kedua. Tambahan pula, tuntutan persamaan hak dan
pemberian kerakyatan kepada orang Cina tanpa mengetahui sejauh mana taat setia mereka
turut ditentang oleh Pengasuh. Kalian ini cuba menilai kritikan golongan agama terutamanya
dalam soal tuntutan persamaan hak orang Cina terhadap kerakyatan dan kuasa politik di
Tanah Melayu.
Actions (login required)
|
View Item |