Activated Carbon From Lemon Peel And Mangosteen Peel For Dyes Removal

Vaisul, Mohamed Fadhil Mohamed (2018) Activated Carbon From Lemon Peel And Mangosteen Peel For Dyes Removal. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (449kB) | Preview

Abstract

Penjerapan pewarna sebagai teknik untuk merawat air kumbahan terutamanya dari industri tekstil dan pewarna kekal sebagai skop kajian yang menarik. Sebaliknya, penjerapan menggunakan penjerap boleh diperbaharui tidak memberikan masalah dan operasi secara komersial murah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan karbon teraktif (AC) daripada kulit lemon (LP) dan kulit manggis (MP) untuk menyingkirkan MB dan RBBR daripada larutan akuas. AC menjalani proses pengaktifan fizikimia yang menggunakan rawatan kimia kalium hidroksida (KOH), penggasan karbon dioksida (CO2) dan dipanaskan oleh gelombang mikro. Semasa penyediaan AC, syarat penyediaan optimum diperoleh daripada metodologi permukaan sambutan (RSM). Keadaan yang optimum adalah kuasa radiasi gelombang mikro, masa radiasi dan nisbah impregnasi (IR). Luas permukaan Bruneaur-Emmet-Teller (BET) dan jumlah isipadu liang yang tinggi diperoleh untuk sampel LPAC yang disediakan (730.25 m2/g dan 0.3950 cm3/g dan MPAC (892.10 m2/g dan 0.4640 cm3/g). Kesan kepekatan awal pewarna (25-300 mg/L), masa sentuhan (0-24 jam) dan suhu larutan (30-60 °C) turut dinilai. Data keseimbangan yang diperolehi bagi kedua-dua pewarna telah terbaik diwakili oleh model Freundlich dengan faktor Freundlich permukaan kepelbagaian, 1/nF didapati 0,6579, 0,6944, 0,6452 dan 0,6459 untuk MB-LPAC, MB-MPAC, RBBR-LPAC dan RBBR-MPAC masing-masing Manakala, untuk analisa kinetik, didapati bahawa model pseudo-tertib-kedua dan pseudo-tertib-pertama adalah masing-masing paling sesuai digunakan untuk menentukan mekanisma penjerapan MB dan RBBR. Penjerapan MB dan RBBR yang diuji ke atas AC’s adalah secara eksotermik _______________________________________________________________________________________________________ Dyes adsorption as a technique for treating wastewater especially from textile and dyeing industry remains an area of interest. On the other hand, adsorption using renewable adsorbent provide trouble free and commercially cheap operation. Therefore, this study aims to synthesise activated carbon (AC) from lemon peel (LP) and mangosteen peel (MP) to adsorb MB and RBBR dyes. AC’s undergoes physiochemical activation process which involves potassium hydroxide (KOH) impregnation and carbon dioxide (CO2) gasification and heated with microwave. During the preparation of AC’s, the optimum preparation conditions were obtained from response surface methodology (RSM). The optimum parameters are microwave radiation power, radiation time and KOH: char impregnation ratio (IR). Relatively high Brunauer-Emmet-Teller (BET) surface area and total pore volume were found on prepared LPAC (730.25 m2/g and 0.3950 cm3/g and MPAC (892.10 m2/g and 0.4640 cm3/g). The significance of initial dye concentration (25-300 mg/L), contact time (0–24 hours) and solution temperature (30-60°C) were also studied. The obtained equilibrium data for both dyes were best fitted by Freundlich model with Freundlich surface heterogeneity factor, 1/nF was found to be 0.6579, 0.6944, 0.6452, and 0.6459 for MB-LPAC, MB-MPAC, RBBR-LPAC and RBBR-MPAC respectively. Meanwhile, the kinetics data were best demonstrated by the pseudo second-order model for MB and RBBR. The adsorption process of MB and RBBR onto AC’s were exothermic in nature.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Full text is available at http://irplus.eng.usm.my:8080/ir_plus/institutionalPublicationPublicView.action?institutionalItemId=4728
Subjects: T Technology
T Technology > TP Chemical Technology > TP1-1185 Chemical technology
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (School of Chemical Engineering) > Thesis
Depositing User: Mr Mohd Jasnizam Mohd Salleh
Date Deposited: 19 Jun 2019 09:14
Last Modified: 19 Jun 2019 09:14
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/44676

Actions (login required)

View Item View Item
Share