Mokhtar, Marzni Mohamed
(2018)
Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Dan Pemudahcaraan Penulisan Karangan Argumentatif.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) penulisan karangan argumentatif yang dilaksanakan oleh guru Bahasa Melayu di sekolah menengah. Dua orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di Tingkatan Empat telah dipilih sebagai peserta kajian dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Kajian ini telah dilaksanakan di sebuah sekolah menengah di Selangor. Reka bentuk penyelidikan kajian kes telah digunakan dalam kajian ini bagi menjawab tiga soalan kajian. Ketiga-tiga soalan kajian terdiri daripada (i) apakah pemahaman guru Bahasa Melayu di sekolah menengah terhadap penerapan KBAT dalam PdPc penulisan karangan argumentatif.
Actions (login required)
|
View Item |