Fadzil, Firdaus Al-Siddiq
(2010)
Rekonstruksi Rupa Bentuk Seni Bina Kota Pemerintahan Melayu Lama Daerah Perak Tengah.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Banyak dapat didengar tentang Kota Pemerintahan Melayu Lama (KPML) dan banyak lagi fragmennya dapat ditemukan. Walau bagaimanapun rekabentuk keseluruhannya tidak semudah itu dapat digambarkan dengan jelas. Dihipotesiskan,
dikeranakan satu pegangan Bangsa Melayu ini kepada Sang Maha Pencipta, bahawa model yang digunapakai untuk membangun KPML ini adalah serupa, kalau tidak pun sama.
Dikumpulkan pertamanya, fragmen-fragmen KPML dari pelbagai sumber, khususnya dari galian teks sastera lama, imej-imej dari dokumen dan keterangan terdahulu serta lisan hasil
temubual formal dan informal dengan penduduk setempat.
Actions (login required)
|
View Item |