Azimi, Nurazlina
(2011)
Kesan Penggantian Separa Tepung Gandum Dengan Tepung Sukun (Artocarpus Communis) Ke Atas Sifat Fizikokimia Roti.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Dalam kajian ini, sukun diproses menjadi tepung melalui dua kaedah iaitu A (penceluran selama 30 minit - TSA) dan B (pengubahsuaian iaitu penceluran selama 5 minit dan stim tekanan tinggi selama 30 minit - TSB). Tepung gandum digantikan separa dengan TSA dan TSB pada paras 10, 15 dan 20% untuk menghasilkan roti. Roti terhasil dianalisis dari segi sifat fizikokimia, penilaian deria dan penstoran. Keputusan menunjukkan TSA mempunyai hasilan tepung, nilai pH, kapasiti penyerapan air dan minyak yang tinggi (p<0.05) dan ketumpatan pukal yang rendah (p<0.05) daripada TSB.
Actions (login required)
|
View Item |