Blur Detection Technique For Thumbnail Image Generation

Koik , Boon Tatt (2015) Blur Detection Technique For Thumbnail Image Generation. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (73kB) | Preview

Abstract

Imej lakaran kenit digunakan dengan secara meluas dalam peranti elektronik untuk membantu pengguna dalam mengimbas imej asal yang mempunyai resolusi tinggi. Oleh itu, adalah penting untuk mempersembahkan imej lakaran kenit bersepadanan dengan imej asal. Imej kabur tidak harus kelihatan jelas dalam bentuk imej lakaran kenit, kerana keadaan ini mungkin mengelirukan analisis persepsi pengguna. Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk membangunkan satu algoritma pensampelan untuk menghasilkan imej lakaran kenit yang memasukkan maklumat kekaburan. Kaedah yang dicadangkan melibatkan tiga peringkat iaitu proses awalan, pengesanan kabur dan akhir sekali pensampelan menurun imej. Untuk proses awal, terbitan Sobel tertib pertama, magnitud kecerunan dan orientasi kecerunan adalah ditentukan. Dalam peringkat pengesanan kabur, maksimum tempatan, minimum tempatan dan orientasi kecerunan digunakan untuk mengira lebar pinggir. Imej lakaran kenit dengan maklumat kabur dihasilkan dengan menggunakan peta lebar pinggir purata sebagai pemberat yang mengintegrasikan maklumat kabur. Kaedah yang dicadangkan itu telah ditanda aras dengan menggunakan lima kaedah penghasilan imej lakaran kenit yang lain. Penilaian dilakukan melalui kaji selidik daripada 51 sukarelawan, dan juga berdasarkan pemeriksaan secara penglihatan. Keputusan menunjukkan bahawa kaedah yang dicadangkan mempunyai potensi yang tinggi untuk digunakan sebagai salah satu pilihan penghasilan imej lakaran kenit untuk mempamerkan gambar. ________________________________________________________________________________________________________________________ Thumbnail images are widely used in electronic devices to help the user to scan through original high resolution images. Hence, it is essential to represent the thumbnail image correspondingly to the original image. A blur image should not appear to be a clear image in thumbnail form, where this situation might mislead the perceptual analysis of the user. The main purpose of this research work is to develop a down-sampling algorithm to create a thumbnail image which includes blur information. The proposed method has three stages, which are preliminary processes, blur detection and lastly image down-sampling. For preliminary processes, Sobel first order derivatives, gradient magnitude and gradient orientation are determined. In blur detection stage, local maximum, local minimum and gradient orientation are utilized to calculate the edge width. The thumbnail image with blur information is generated using the average edge width as a weight to integrate blur information. The proposed method has been benchmarked by using five other thumbnail generation methods. The evaluations are done through a survey of 51 volunteers, and also based on visual inspection. The results suggest that the proposed method has high potential to be applied as one of the thumbnail generation options for photo viewing.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Full text is available at http://irplus.eng.usm.my:8080/ir_plus/institutionalPublicationPublicView.action?institutionalItemId=3085
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering > TK7800-8360 Electronics
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Thesis
Depositing User: Mr Mohd Jasnizam Mohd Salleh
Date Deposited: 30 Aug 2018 04:07
Last Modified: 30 Aug 2018 04:07
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/41603

Actions (login required)

View Item View Item
Share