Akhshani, Afshin
(2008)
A Class Of Measurable Dynamical Systems For Chaotic Cryptography.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Teori kaos merupakan teori yang merangkumi semua aspek sains. Kini, dalam dunia hari ini,
ia turut merangkumi semua aspek matematik, fizik, biologi, kewangan, komputer dan juga
muzik. Sebagai suatu daripada aplikasi teori ini, keselamatan komunikasi mula dikaji seawal
1990-an. Daya tarikan utama teori ini digunakan sebagai asas untuk membangunkan kriptosistem
adalah disebabkan sifat intrinsiknya, antaranya: kepekaannya terhadap keadaan awal
dan parameter kawalan, perlakuan seakan-akan rawak, ergodisiti dan sifat campurannya, yang
mempunyai hubungan erat dengan keperluan kriptografi. Sifat teori ini yang paling penting
adalah ergodisiti dan campuran, yang boleh dihubungkan dengan dua sifat kriptografi asas,
iaitu kekeliruan (“confusion”) dan pembauran (“diffusion”). Bagi membuktikan ergodisiti dan
kekuatan campuran, cukup dengan hanya menunjukkan bahawa sistem memperoleh ukuran
takvarian dan entropi Kolmogorov-Sinai (K-S) daripada sudut pandangan sistem dinamik.
Chaos theory is a blanketing theory that covers all aspects of science, hence, it shows up everywhere
in the world today: mathematics, physics, biology, finance, computer and even music.
As an application of chaos theory, secure communications have been studied since the early
1990s. The attractiveness of using chaos as the basis for developing cryptosystem is mainly
due to the intrinsic nature of chaos such as the sensitivity to the initial condition and control parameter,
random-like behaviors, ergodicity and mixing property, which have tight relationships
with the requirements of cryptography. The most important features of chaos are ergodicity
and mixing, which can be connected with two basic cryptographic properties; confusion and
diffusion. To prove ergodicity and strength of the mixing, it’s enough to show that the system
possess an invariant measure and Kolmogorov-Sinai (K-S) entropy from dynamical systems
point of view.
Actions (login required)
|
View Item |