Keperluan Sistem Perlindungan Sosial Berasaskan Komuniti dalam Kalangan Pesawah di Kawasan Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada)

Hameed, Mohamad Noor Firdaus Sahul (2017) Keperluan Sistem Perlindungan Sosial Berasaskan Komuniti dalam Kalangan Pesawah di Kawasan Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada). In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 715-721. ISBN 9789671544013

[img]
Preview
PDF
Download (178kB) | Preview
Official URL: http://www.sspis.usm.my

Abstract

Pada masa ini, sistem perlindungan sosial merupakan suatu keperluan kepada mereka yang terlibat dalam semua sektor pekerjaan seperti pencen kepada pekerja Kerajaan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja sektor swasta. Asas utama sistem ini adalah untuk memberikan perlindungan bagi mengatasi masalah kemiskinan, bantuan kewangan dan jaminan masa hadapan. Namun, tiada sistem perlindungan sosial berstruktur diperkenalkan kepada pekerja bagi sektor tidak formal di Malaysia. Kajian ini bertujuan mengkaji mengenai keperluan untuk mewujudkan sistem perlindungan sosial di kalangan pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Data kajian ini adalah berdasarkan data kajian rintis yang dijalankan dengan melibatkan seramai 30 orang responden di Wilayah III (Pendang, Kedah) MADA yang melibatkan kawasan AIII – Hutan Kampong, Alor Star. Sebagai rumusan, kajian ini akan menentukan sama ada terdapat keperluan untuk mewujudkan sistem perlindungan sosial dalam kalangan pesawah atau sebaliknya. Sekiranya terdapat keperluan, kajian ini akan mencadangkan supaya suatu model sistem perlindungan yang khusus dan sesuai dengan keperluan pesawah diwujudkan bagi memberikan perlindungan kepada pesawah.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 30 Jul 2018 01:46
Last Modified: 30 Jul 2018 01:46
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/41169

Actions (login required)

View Item View Item
Share