Hydraulic Modelling Of Baffle Configuration On The Removal Efficiency Of A Rectangular Oil Water Separation Tank

Hussein, Haitham Alaa (2016) Hydraulic Modelling Of Baffle Configuration On The Removal Efficiency Of A Rectangular Oil Water Separation Tank. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (611kB) | Preview

Abstract

buangan lemak, minyak dan gris ke dalam sistem retikulasi menyebabkan penyumbatan saluran paip dan limpahan pembentungan pembersihan. Rekabentuk tangki pemisahan minyak/air berdasarkan graviti digunakan dengan meluas di dalam unit rawatan. Pengunaan sesekat di dalam tangki pemisahan dan penilaian kesannya keatas kecekapan hidraulik adalah suatu bidang yang mencabar yang dijalankan oleh penyelidik. Kajian ini melibatkan penilaian kesan lokasi sesekat hujung, lokasi sesekat masuk, ketinggian sesekat masuk dan sudut pemasangan sesekat masuk ke atas corak aliran dan kecekapan penyingkiran tangki pemisah minyak/air menggunakan ujian makmal dan penyelakuan berangka. Meterhalaju Akustik Doppler (ADV) digunakan untuk mengukur medan halaju di dalam tangki pemisahan minyak/air di dalam makmal dengan tatarajah sesekat yang berlainan jenis untuk menentukan susuk halaju. Ujian makmal dijalankan untuk mengukur kecekapan penyingkiran tangki pemisahan minyak/air dengan berlainan tatarajah sesekat masuk. Penyelakuan berangka termasuk corak aliran dan ciri-ciri hidraulik tangki pemisahan minyak/air dengan tatarajah sesekat yang berlainan dijalankan untuk menentukan lokasi sesekat hujung dan sesekat masuk, ketinggian sesekat masuk dan sudut sesekat masuk. Hasil keputusan ujian makmal dan penyelakuan berangka menunjukan, lokasi sesekat hujung de/L = 0.76, lokasi sesekat masuk di/L = 0.12, nisbah ketinggian tenggelam sesekat masuk Hib/H = 0.24, dan sudut sesekat masuk 90o, mencapai xxi kecekapan penyingkiran yang maksima. Tatarajah sesekat tersebut menyebabkan isipadu zon sirkulasi dan tenaga kinetik yang minima, keseragaman susuk halaju yang tinggi, muka itu kecekapan penyingkiran yang tinggi di dalam tangki pemisahan minyak/air. Rumus untuk menentukan kecekapan penyingkiran berdasarkan lokasi sesekat masuk diperolehi daripada keputusan ujian makmal. ________________________________________________________________________________________________________________________ The particular release of fat, oil, and grease (FOG) into collection systems ultimately brings about the blockage of conduits and subsequent sanitary sewer overflows . Designing oil and water rectangular separation tank due to gravitation is extensively applied in treatment units. Using baffles in separation tanks and measuring its effects on hydraulic efficiency is a challenging subject that researchers have investigated. In this study, the effects of end baffle location, inlet baffle location, inlet baffle height, and inlet baffle angle installation on the flow pattern and removal efficiency of oil/water separation tanks are investigated using experimental test and numerical simulation. The velocity field in the laboratory separation tank with various types of baffles configuration was measured by Acoustic Doppler Velocimeter (ADV) to determine the velocity profile. In addition, experimental tests are conducted to measure the removal efficiency of separation tanks equipped at different inlet baffle. Numerical simulation, including the modelling of flow pattern and hydraulic characteristics of separation tanks with different baffle configurations, was performed to determine the best end and inlet baffle location, height of inlet baffle and angle of inlet baffle. Based on the results of experimental tests and numerical models, end baffles location de/L=0.76, with an inlet baffle position di/L=0.12, inlet baffle submersible depth ratio Hib/H= 0.24, and inlet baffle angle installed at 900, achieve the highest removal efficiency. This configuration produced minimum circulation zone volume and kinetic energy, the most uniform velocity profiles, and thus highest removal efficiency in the separation tank. Finally a formula to determine the removal efficiency as a function of inlet baffle location is obtained from laboratory test results.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Full text is available at http://irplus.eng.usm.my:8080/ir_plus/institutionalPublicationPublicView.action?institutionalItemId=2858
Subjects: T Technology
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA1-2040 Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (School of Civil Engineering) > Thesis
Depositing User: Mr Mohd Jasnizam Mohd Salleh
Date Deposited: 12 Jul 2018 07:21
Last Modified: 16 Aug 2018 07:06
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/41012

Actions (login required)

View Item View Item
Share