Permasalahan dan Kesiapsiagaan Sukarelawan Bencana Membantu Mangsa Bencana Alam

Md Akhir, Nur Hafizah and Azman, Azlinda and Md Akhir, Noremy (2017) Permasalahan dan Kesiapsiagaan Sukarelawan Bencana Membantu Mangsa Bencana Alam. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 264-268. ISBN 9789671544013

[img]
Preview
PDF
Download (239kB) | Preview

Abstract

Kertas konsep ini membincangkan tentang permasalahan sukarelawan bencana dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan sukarelawan semasa proses membantu mangsa bencana alam. Bencana adalah kejadian yang boleh menyebabkan kemusnahan harta benda dan nyawa sehingga membataskan kemampuan dan kesejahteraan individu atau masyarakat. Hampir setiap tahun bencana alam seperti tanah runtuh, tsunami, banjir dan ribut taufan berlaku. Antara negara yang terjejas disebabkan oleh bencana alam ialah negara Jepun, Indonesia, Thailand dan Malaysia. Sukarelawan adalah kumpulan yang menguruskan bantuan kemanusian kepada mangsa bencana. Kajian lepas berkaitan bencana lebih memfokuskan kesan yang dialami oleh mangsa bencana. Walau bagaimanapun, tugas sebagai sukarelawan bencana turut terkesan dari aspek gangguan emosi, mental dan kecederaan fizikal. Selain itu, kesan yang dialami oleh sukarelawan juga boleh mendorong kepada ketidaksediaan sukarelawan semasa proses pengurusan bantuan bencana. Kesediaan pula merupakan elemen utama dalam membantu mempersiapsediakan diri sukaelawan. Oleh itu, adalah penting permasalahan sukarelawan bencana dikenalpasti bagi membantu meningkatkan kesiapsiagaan sukarelawan serta meningkatkan keberkesanan sepanjang proses bantuan diberikan kepada mangsa bencana.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 24 May 2018 05:58
Last Modified: 24 May 2018 05:58
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/40577

Actions (login required)

View Item View Item
Share