KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA, ALAM DAN PENCIPTA DALAM PERUBATAN MELAYU

Yusoff, Wan Faizah Wan (2012) KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA, ALAM DAN PENCIPTA DALAM PERUBATAN MELAYU. In: 2nd Regional Conference on Local Knowledge, 15-16 October 2012 , Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (173kB) | Preview

Abstract

Pandangan semesta merupakan antara elemen yang penting dalam usaha memahami pemikiran dan tingkahlaku sesebuah masyarakat. Pandangan semesta masyarakat adalah berkait rapat dengan fahaman dan kepercayaan yang membentuk kerangka pemikiran masyarakat. Berdasarkan penulisan Md Salleh Yaspar (1985), pandangan semesta membezakan kedudukan manusia dan alam serta menjelaskan hubungkait antara kedua-duanya. Antara aspek atau isu yang berkaitan dengan pandangan semesta ialah bagaimana manusia melihat kepada alam persekitaran termasuk dirinya sendiri serta corak perhubungan antara dirinya dengan alam, manusia serta makhluk lain. Pandangan semesta Melayu adalah terhasil daripada kesatuan elemen yang mempunyai asal-usul yang berbeza iaitu animisme-dinamisme, Hindu-Buddha dan Islam. Pandangan atau persepsi tersebut, jelas Werner (1986) turut mempengaruhi sistem perubatan lokal masyarakat Melayu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA0421 Public health. Hygiene. Preventive Medicine
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Kesihatan (School of Health Sciences) > Conference or Workshop Item
Pusat Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Centre) > Sekretariat Kearifan Tempatan (Local Knowledge Secretariat) / Centre for Research Initiative (CRI): Liberal Arts & Social Sciences > International Conference on Local Knowledge
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Local Knowledge

Zoom Profil Pakar (Expert Profile) > Wan Faizah Wan Yusoff (Health Sciences)
Depositing User: Administrator Automasi
Date Deposited: 08 Mar 2018 02:57
Last Modified: 12 Mar 2018 07:22
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/39393

Actions (login required)

View Item View Item
Share