YaHijau Malaysia Dengan Kerjasama Cetree Telah Melaksanakan Kem Sains Yang Bertemakan Teknologi Hijau Di Seluruh Malaysia Bagi Tahun 2016

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) YaHijau Malaysia Dengan Kerjasama Cetree Telah Melaksanakan Kem Sains Yang Bertemakan Teknologi Hijau Di Seluruh Malaysia Bagi Tahun 2016. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (3MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

MINDEN, November 2016 Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) dengan kerjasama Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) telah merangka pelaksanaan program perkhemahan Kem Teknologi Hijau di seluruh Malaysia bagi tahun 2016. Kem Teknologi Hijau ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah dan juga para guru mengenai kepentingan Sains bertemakan Teknologi Hijau melalui pengisian program dan aktivitiaktiviti yang bersifat mesra alam dan interaktif. Kem ini melibatkan 25 buah kem di seluruh Malaysia. Ianya disertai oleh sekolahsekolah menengah terpilih seluruh daerah dalam siri jelajah seluruh Malaysia. Siri jelajah kem Teknologi Hijau bermula pada penghujung bulan Ogos sehingga penghujung bulan November 2016 di lokasi – lokasi tersebut :1Kolej KEDA, Rimba Taqwa, Sik, Kedah Darul Aman (2830 Ogos 2016 Siri Negeri Kedah) 2Rompin Beach Resort, Pahang (57 September 2016 Siri Negeri Pahang) 3Sungai Petani Inn, Kedah (57 September 2016 Siri Negeri Pulau Pinang) 4BDB Hotel Sdn. Bhd., Jitra, Kedah (1921 September 2016 – Siri Negeri Kedah) 5Mardiah Resort, Bintulu, Sarawak (2729 September 2016 – Siri Negeri Sarawak) 6Tasoh Lake Resort, Perlis (2830 September 2016 – Siri Negeri Perlis) 7Port Dickson Golf Club, Negeri Sembilan (46 Oktober 2016 – Siri Negeri Sembilan) 8Institut Pendidikan Guru, Miri, Sarawak (46 Oktober 2016 – Siri Negeri Sarawak) 9Hotel Seri Malaysia, Lawas, Sarawak (911 Oktober 2016 – Siri Negeri Sarawak) 10Nilai Hotel, Negeri Sembilan (1113 Oktober 2016 – Siri Negeri Selangor) 11Kem PLKN Jaya Gemilang A Famosa, Melaka (1113 Oktober 2016 – Siri Negeri Melaka) 12Manis – Manis Resort, Keningau, Sabah (1315 Oktober 2016 – Siri Negeri Sabah) 13Tanjung Piai Resort, Pontian, Johor (1618 Oktober 2016 – Siri Negeri Johor) 14Tanjung Piai Resort, Pontian, Johor (1820 Oktober 2016 – Siri Negeri Johor) 15Permai Hotel, Terengganu (1618 Oktober 2016 – Siri Negeri Terengganu) 16Tandarason Resort, Tambunan, Sabah (1820 Oktober 2016 – Siri Negeri Sabah) 17Grand Kampar Hotel, Perak (2123 Oktober 2016 – Siri Negeri Perak) 18Sepilok Jungle Resort, Sandakan, Sabah (2527 Oktober 2016 – Siri Negeri Sabah) 19Masindung Resort, Papar, Sabah (31 Okt 02 November 2016 – Siri Negeri Sabah) 20Kem PLKN Sinar Jaya, Kota Belud, Sabah (1315 November 2016 – Siri Negeri Sabah) 21Kompleks Sukan Kuching, Sarawak (1618 November 2016 – Siri Negeri Sarawak) 22Putera Valley Resort, Tanah Merah, Kelantan (1416 November 2016–Siri Negeri Kelantan) 23Kompleks Rakan Muda, Raub, Pahang (1416 November 2016–Siri Negeri Pahang) 24Palm Beach Resort, Wilayah Persekutuan Labuan (2113 November 2016 – Siri Negeri WP Labuan) 25Nilai Hotel, Negeri Sembilan (2325 November 2016 – Siri Negeri Selangor) Di samping itu, pihak CETREE juga turut menganjurkan Program Pengauditan Hijau bagi sekolahsekolah rendah dan menengah terpilih seluruh daerah siri jelajah dalam negeri seluruh Malaysia. Bengkel Program Pengauditan Hijau telah dilaksanakan melibatkan hamper 1000 orang guru sekolah rendah dan menengah. Antara objektif program ini adalah mewujudkan kesedaran mengenai aktiviti hijau dalam kalangan warga sekolah dan mewujudkan penanda aras bagi program ‘Audit Hijau’ untuk sekolah rendah dan sekolah menengah terpilih di Malaysia. Kesedaran terhadap keperluan pemeliharaan alam sekitar daripada kesan negatif penggunaan teknologi telah meningkat dalam kalangan warga sekolah. Namun begitu, tahap penglibatan sasaran sekolah dalam aktivitiaktiviti Teknologi Hijau masih belum menyeluruh. Pada masa yang sama, masih ramai yang beranggapan bahawa pemeliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab pihakpihak tertentu sahaja. Justeru itu, program pendidikan dan kesedaran seperti yang dilaksanakan oleh CETREE ini amatlah diperlukan bagi memastikan pembabitan setiap individu terhadap penjagaan alam sekitar terhadap isuisu berkaitan.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 18 Apr 2017 08:02
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33357

Actions (login required)

View Item View Item
Share