Program Celik Sains Pendidikan Khas Peringkat Negeri Pahang 2015, Sk Jaya Gading, Kuantan, Pahang

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2015) Program Celik Sains Pendidikan Khas Peringkat Negeri Pahang 2015, Sk Jaya Gading, Kuantan, Pahang. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

KUANTAN, 21 April 2015 – Satu Program Celik Sains yang julung kalinya diadakan kepada pelajr - pelajar Pendidikan Khas bagi peringkat Negeri Pahang. Program tersebut dijalankan di Sekolah Kebangsaan Jaya Gading, Kuantan, Pahang dan telah dirasmikan oleh En. Rosli Bin Abdul Mubin, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Program ini, asalnya ia merupakan cetusan idea bersama daripada guru SK Jaya Gading bersama - sama pegawai CETREE&GT dalam memenuhi hasrat guru – guru untuk pelajar – pelajar istimewa bagi negeri Pahang khususnya dalam daerah Kuantan dalam memberikan kesedaran berkaitan ilmu sains dan teknologi hijau. Manakala yang paling menarik sekali, CETREE&GT telah membawa satu pembaharuan dalam pembelajaran dan mendidik serta memupuk minat pelajar-pelajar pendidikan khas dalam mengetahui erti ilmu sains dan teknologi hijau. Alhamdulillah, program sehari bersama pelajar- pelajar istimewa telah mendapat sokongan dan impak yang tinggi daripada pihak – pihak sekolah yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program celik sains peringkat negeri Pahang. Sebanyak 7 buah sekolah menengah dan 15 buah sekolah rendah di sekitar daerah kuantan yang mengambil bahagian dalam menjayakan program selama seharian di SK Jaya Gading, Kuantan, Pahang. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu berlangsung adalah sesi ceramah berkaitan Teknologi Hijau yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Mohd. Wira Mohd. Shafiei, Timbalan Pengarah CETREE&GT, sesi demo sains yang disampaikan oleh pegawai daripada Pusat Sains Negara dan yang terkahir merupakan lawatan ke Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau serta Bas Pameran Pusat Sains Negara.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 18 Apr 2017 02:20
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33304

Actions (login required)

View Item View Item
Share