Pemindahan Ilmu Cetree&Gt Kepada Smk Lubuk Buntar Berkaitan Pemantapan Budaya Dengan Cekap Tenaga Yang Lestari

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Pemindahan Ilmu Cetree&Gt Kepada Smk Lubuk Buntar Berkaitan Pemantapan Budaya Dengan Cekap Tenaga Yang Lestari. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (4MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

SERDANG, 4 Ogos 2016 - Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Buntar, Serdang, Kedah adalah merupakan salah sebuah Sekolah Menengah yang terpilih di dalam Program Pemindahan Ilmu (KTP) iaitu Program Kecekapan Tenaga bagi Sekolah Menengah Terpilih di Negeri Kedah. Program ini merupakan Program Kecekapan Tenaga yang melibatkan 22 buah sekolah menengah terpilih di negeri Kedah. Program ini adalah bertujuan untuk pemantapan budaya dengan cekap tenaga yang lestari di dalam sekolah tersebut. Lanjutan daripada program ini, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Buntar, Serdang, Kedah merupakan sekolah yang ketiga telah menjemput Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE&GT) bagi mengadakan pameran dan demonstrasi yang berkaitan Program Kecekapan Tenaga. Antaranya adalah demonstrasi Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE&GT, penerangan berkaitan Kecekapan Tenaga serta pelancaran Bergerak Teknologi Hijau CETREE&GT, penerangan berkaitan Kecekapan Tenaga serta pelancaran gimik oleh pelajar sekolah terhadap kesedaran berkaitan cekap tenaga. Pengisian program dan jemputan pameran yang telah dirancang berjalan dengan jayanya. Program yang telah dijalankan ini diserikan lagi dengan kehadiran pegawai-pegawai daripada CETREE&GT iaitu Encik Syafiq Saifullah Azmi, Encik Mohd Rodzi Abdul Razak dan Encik Mohd Hazwan Abdul Halim dan pegawai – pegawai agensi kerajaan yang terlibat dengan pameran sepanjang program tersebut berlangsung.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 17 Apr 2017 07:15
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33248

Actions (login required)

View Item View Item
Share