Lawatan Sambil Belajar Southeast Asian Ministers Of Education Organisation (Seameo Recsam) Ke Cetree&Gt

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Lawatan Sambil Belajar Southeast Asian Ministers Of Education Organisation (Seameo Recsam) Ke Cetree&Gt. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (2MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

MINDEN, 29 APRIL 2016 – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE&GT) dikunjungi oleh delegasi peserta daripada Southeast Asian Ministers of Education Organisation Regional Centre for Education in Science and Mathematics (SEAMEO RECSAM). Kunjungan tersebut merupakan lawatan sambil belajar bagi peserta SEAMEO RECSAM yang diketuai oleh Ms. Khor Sim Suan, Pegawai Program SEAMEO RECSAM dan 20 orang peserta yang mewakili negara masing – masing seperti Malaysia,Singapura, Brunei, Indonesia, Kemboja, Vietnam, Timor Leste, Myanmar, Thailand dan Filipina. Objektif utama lawatan tersebut bertujuan untuk memahami dan mengetahui peranan CETREE&GT dalam menggalakkan Tenaga yang bersih dan Tenaga Boleh Baharu dalam kalangan masyarakat. Selain itu, lawatan tersebut, dapat memperkaya pengalaman dan ilmu pengetahuan mereka mengenai Tenaga yang Tidak Boleh Baharu dan Tenaga Boleh Baharu serta Kecekapan Tenaga bagi penggunaan lestari dalam persekitaran di Malaysia. 2 slot pengisian program telah ditetapkan sepanjang lawatan tersebut. Antaranya sesi taklimat serta sesi soal jawab bersama Profesor Madya Dr. Hashimah Binti Mohd Yunus, Timbalan Pengarah berkaitan halatuju CETREE&GT dan diikuti dengan lawatan ke Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE&GT. Maklumbalas positif yang diterima daripada peserta – peserta amat menggalakkan dan berharap usaha murni serta kerjasama bersama CETREE&GT dapat dicapai pada masa akan datang.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 14 Apr 2017 02:24
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33188

Actions (login required)

View Item View Item
Share