Lawatan Rasmi Naib Canselor Universiti Sains Malaysia Ke Pusat Pemindahan Ilmu Toray-Usm Tahun 2017

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2017) Lawatan Rasmi Naib Canselor Universiti Sains Malaysia Ke Pusat Pemindahan Ilmu Toray-Usm Tahun 2017. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (4MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

GELUGOR, 14 Mac 2017Yang Berbahagia. Naib Canselor (YBhg. NC) USM yang ketujuh, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail FASc telah menghadiri satu lawatan rasmi dan kunjungan hormat pertama ke pejabatpejabat di Bangunan Pusat Pemindahan Ilmu TORAYUSM selepas dilantik sebagai NC USM pada penghujung tahun 2016. Lawatan kerja rasmi yang berlangsung pada jam 4.30 petang hingga 5.30 petang tersebut juga telah dihadiri oleh pegawaipegawai yang bertanggungjawab di USM. Lawatan rasmi YBhg. NC diiringi oleh Profesor Haslan Abu Hassan, Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu TORAYUSM bersama pegawainya bertujuan mendekati dan memahami dengan lebih dekat dan mendalam setiap pusat tanggungjawab yang beroperasi di bangunan tersebut. Pelbagai pandangan dan nasihat turut sama dilontarkan oleh beliau kepada semua Pengarah dan Ketua di setiap pusat tanggungjawab yang beroperasi di bangunan tersebut. CETREE merupakan destinasi pusat tanggungjawab yang pertama dalam sesi lawatan kerja oleh YBhg. NC pada hari tersebut. Prof. Madya Dr. Mohd. Wira Mohd. Shafiei, Pengarah CETREE telah mengiringi dan memberikan maklumat serta penerangan ringkas berkaitan, aktiviti, seminar serta program yang sedang dan telah dijalankan CETREE kepada USM dan negara.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 14 Apr 2017 00:53
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33176

Actions (login required)

View Item View Item
Share