Lawatan Penanda Aras Danida Project, Danish Government Ke Cetree&Gt

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Lawatan Penanda Aras Danida Project, Danish Government Ke Cetree&Gt. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

MINDEN, 29 APRIL 2016 – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE&GT) telah dikunjungi oleh perunding daripada Kerajaan Denmark . Lawatan ini adalah bertujuan untuk membuat penilaian keatas program-program DANCED/DANIDA yang telah dijalankan di Indonesia, Malaysia dan Thailand. Syarikat-syarikat perunding Denmark, iaitu Orbicon dan Nordic Consulting Group (NCG) telah dipilih oleh kerajaan Denmark untuk melakukan kajian penilaian ini, bermula March 2016 hingga Julai 2016. Lawatan yang diketuai oleh Mr. Rene Karottki Director Of Sustainable Development Partners, Denmark juga turut membincangkan potensi kerjasama yang boleh dilaksanakan khasnya di dalam bidang pendidikan Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga di peringkat sekolah. Di samping itu juga delegasi ini diberikan taklimat tentang pencapaian CETREE & GT dan langkah halatuju negara Malaysia dalam mengekalkan pengetahuan mengenai tenaga dan alam sekitar. Di samping itu juga, delegasi tersebut turut sama membuat kunjungan hormat kepada Profesor Dato' Dr. Omar Osman, Naib Canselor dan bertukar pandangan khasnya di dalam hubungan diperingkat universiti bersama pihak industri yang terdapat di negara Denmark. Untuk makluman, CETREE&GT yang telah ditubuhkan sejak tahun 2000 merupakan hasil kerjasama di antara kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Denmark. Penubuhan CETREE & GT ini adalah selaras dengan dasar negara untuk memberikan pendidikan dan latihan tentang Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga kepada seluruh masyarakat di dalam negara ini.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 12 Apr 2017 07:39
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33155

Actions (login required)

View Item View Item
Share