Karnival YaHijau Pagoh 2015

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2015) Karnival YaHijau Pagoh 2015. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (3MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

PAGOH, 7 Mac 2015– Karnival YaHijau Pagoh yang bertemakan Membudayakan Amalan Hijau bertempat di Kompleks Sukan pagoh, Muar berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran kirakira hampir 3,000 orang pengunjung. Pelbagai generasi dan bangsa yang hadir bagi memeriahkankan lagi suasana karnival tersebut. Karnival diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin bagi melancarkan karnival tersebut dan penubuhan sukarelawan Green Brigade. Sukarelawan Green Brigade adalah inisiatif YaHijau untuk menggalakkan penglibatan menyeluruh golongan belia khususnya pelajar yang akan diberi pengetahuan untuk mengaplikasikan amalan hidup hijau dalam aktiviti harian mereka. Dalam ucapannya, beliau mahu setiap lapisan masyarakat supaya lebih peka tentang tanggungjawab bersama bagi meningkatkan kelestarian alam sekitar dan sumber semula jadi. Beliau berkata, walaupun kerajaan sentiasa memberi penjelasan dan bantuan sewajarnya kepada rakyat dan masyarakat mengenai tanggungjawab menjaga alam sekitar tetapi apa yang lebih penting agar mereka sendiri menyedarinya. Selain itu juga, beliau turut menyatakan bahawa Antara sumber/bahan semula jadi yang perlu kita hargai dan jaga sepenuhnya adalah air, tenaga elektrik dan udara bersih. YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan berkata, masyarakat perlu mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan air dan elektrik khususnya berdisiplin dalam menjadualkan penggunaan sumbersumber. Turut hadir ialah Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri DiRaja Mahdzir Khalid, YB Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Datuk Loo Took Gee, Excoexco Kerajaan Negeri Johor, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Hijau Malaysia, Kelly Ang Lay Chieng, Pengarah CETREE & GT, Profesor Dr. Haslan Abu Hassan dan Ahliahli Dewan Undangan Negeri Johor serta Ketuaketua Masyarakat Tempatan. Pelbagai aktiviti menarik antaranya kiosk pameran barangan berasaskan teknologi hijau & eko, senamrobik zumba, pertukaran lampu jimat tenaga secara percuma, larian hijau sejauh 5km, ecotreasure hunt, demonstrasi kenderaan elektrik dan mesra alam, program kitar semula barang terpakai, pertandingan mewarna untuk kanakkanak, pertandingan futsal serta sukan rakyat. Di akhir majlis berkenaan, para tetamu kehormat dibawa melawat booth pameran pesertapeserta Kem Teknologi Hijau peringkat Negeri Johor 2015 yang disertai oleh pelajar – pelajar disekitar daerah yang terdapat di negeri Johor serta agensiagensi, Jabatan/Agensi Johor serta syarikatsyarikat teknologi hijau yang mempamerkan pameran produk dan perkhidmatan teknologi hijau.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 11 Apr 2017 03:08
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33067

Actions (login required)

View Item View Item
Share