Karnival Ya Hijau Padang Terap 2015

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2015) Karnival Ya Hijau Padang Terap 2015. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (2MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

PADANG TERAP, 13 Jun 2015 – Karnival YaHijau Padang Terap yang bertemakan Membudayakan Amalan Hijau bertempat di Datarn Putra, Kuala Nerang, Kedah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran kirakira hampir 3,000 orang pengunjung. Pelbagai generasi dan bangsa yang hadir bagi memeriahkankan lagi suasana karnival tersebut. Karnival diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), YB. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili bagi melancarkan karnival tersebut dan penyerahan kelulusan projek Green School Campaign fasa 1 bagi negeri Kedah yang dibiayai di bawah Dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE). Sebanyak 5 buah sekolah yang bertuah untuk menerima pentauliahan tersebut daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Antaranya adalah SMK Megat Dewa, SMK Kedawang, SMK Kuala Nerang, SK Megat Dewa dan SK Kampong Belukar Luas.Pentauliahan projek Green School Campaign fasa 1 bagi negeri Kedah adalah inisiatif Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk menggalakkan penglibatan menyeluruh warga sekolah khususnya pelajar yang akan diberi pengetahuan untuk mengaplikasikan amalan hidup hijau dalam aktiviti harian mereka. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri DiRaja Mahdzir Khalid, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darulaman, YB Dato’ Haji Badrolhisham Bin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pedu, YB Puan Kamanoriah Binti Haji Ibrahim., Ketua Pegawai Operasi Yayasan Hijau Malaysia, Kelly Ang Lay Chieng, Pengarah CETREE & GT, Profesor Dr. Haslan Abu Hassan dan Ketuaketua Masyarakat Tempatan. Pelbagai aktiviti menarik antaranya kiosk pameran barangan berasaskan teknologi hijau & eko, aktiviti handson Solar Car dan Solar Boat daripada CETREE&GT, program MyHijau Youth Camp, , dikir zikir, senamrobik dan green walk, konsert mini YaHijau, pertandingan futsal, pertandingan robotik daripada bahan kitar semula, pertandingan eco craft, chef organic serta persembahan oleh artis jemputan. Di akhir majlis berkenaan, para tetamu kehormat dibawa melawat booth pameran Jabatan/Agensi negeri Kedah serta syarikatsyarikat teknologi hijau yang mempamerkan pameran produk dan perkhidmatan teknologi hijau.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 11 Apr 2017 03:05
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33066

Actions (login required)

View Item View Item
Share