CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2013) Karnival Sains, Teknologi Hijau & Alumni Bersempena 50 Tahun SKSAM. Berita@Cetree.
|
PDF
Download (1MB) | Preview |
Abstract
SIK, Ahad - Dalam usaha untuk meningkatkan penjanaan ilmu dan pembudayaan sains di kalangan pelajar dan seluruh komuniti, satu Karnival Sains & Teknologi Hijau telah dilaksanakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda bersempena sambutan ke 50 tahun penubuhannya. Penglibatan agensi jemputan dari CETREE>, Pusat Sains Negara, Pusat Sains & Kreativiti Negeri Terengganu, Unit Astronomi & Falak USM, Kelab Astronomi USM, Jabatan Meteorologi, Agensi Nuklear Malaysia, dan beberapa lagi telah bersama-sama memeriahkan karnival selama 3 hari ini. Karnival ini telah berlangsung pada 11, 12 dan 13 Mei 2013. Pelbagai pengisian telah diatur sepanjang tempoh tersebut, merangkumi aspek-aspek kerohanian, mental, intelektual dan fizikal dalam penyampaian pendidikan sains dan teknologi hijau. Program ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 10.00 malam setiap hari. Di antara pengisian yang terdapat dalam karnival ini ialah Unit Pameran Bergerak dari CETREE>, Jabatan Meteorologi dan Pusat Sains Negara, aktiviti cerapan Matahari & bintang oleh Unit Astronomi & Falak USM, forum agama, Program Saintis Tunas bagi kanak-kanak tadika, Sesi demonstrasi sains, Kem Teknologi Hijau, Bengkel Rekacipta dan banyak lagi. Gandingan mantap antara pihak sekolah, PIBG sekolah, Pusat 1 Komuniti, CETREE USM dan Pusat Sains Negara telah membuahkan hasil dalam mengilhamkan perlaksanaan Karnival Sains & Teknologi Hijau 2013 yang julung-julung kalinya di adakan di Sek Kebangsaan Seri Ampang Muda, Sik. Sasaran karnival berkenaan lebih tertumpu kepada pelajar dan masyarakat sekitar Belantik dengan pengisian yang berlandaskan sains dan teknologi hijau dalam kehidupan seharian. Sempena sambutan ini, satu majlis perasmian telah diadakan pada 12 Mei 2013, jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Ibnu Sina, SKSAM yang dihadiri oleh Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Yang Berbahagia Profesor Dato' Dr. Omar B. Osman.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | T Technology |
Divisions: | Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE |
Depositing User: | HJ Hazwani Jamaluddin |
Date Deposited: | 11 Apr 2017 03:02 |
Last Modified: | 15 May 2017 01:51 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/33064 |
Actions (login required)
View Item |