Karnival Sains 2017 Peringkat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2017) Karnival Sains 2017 Peringkat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (4MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

KEPALA BATAS, 11 Februari 2017Satu Karnival berkonsepkan tema “Unfolding The Mystery of Science" peringkat Kolej Matrikulasi telah berlansung dengan jayanya. Karnival ini melibat penyertaan dikalangan seluruh warga dan pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah sekitar Kepala Batas serta Kolej Matrikulasi kawasan utara semenanjung Malaysia. Karnival yang berlangsung selama dua hari, telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung – pengunjung yang hadir ke karnival tersebut. Pelbagai pengisian program dan jemputan pameran yang telah dirancang berjalan dengan jayanya sepanjang karnival tersebut berlangsung. Antara agensi kerajaan dan swasta yang turut sama memeriahkan karnival tersebut adalah seperti Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE, Hospital Pulau Pinang, Hospital Seberang Jaya, Hospital Kulim, Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM, Pusat Pengajian AEROANGKASA, USM, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri P.Pinang, Pusat Pengajian Sains Fizik, USM, ASC ECOGREEN, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara. Karnival ini bertujuan untuk menyuntik semangat pelajar dalam menghayati dan mencintai subjek sains, mendidik pelajar dengan sifat kepimpinan, mencungkil kreativiti dan inovasi pelajar dalam sains dan merapatkan hubungan antara pensyarah dan pelajar. Karnival Sains 2017 peringkat Kolej Matrikulasi diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Tuan Haji Abdul Manaf Musa, Pengarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang sebagai perasmi bagi majlis perasmian Karnival Sains 2017 peringkat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 11 Apr 2017 01:53
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33055

Actions (login required)

View Item View Item
Share