Karnival Pendidikan Sains Dan Teknologi 2012

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2012) Karnival Pendidikan Sains Dan Teknologi 2012. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

JELEBU : Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan telah melaksanakan Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi 2012 pada 4 dan 5 Julai lalu di Sekolah Menengah Vokasional Kuala Klawang telah dirasmikan oleh Adun Kuala Klawang Dato’ Yunus Rahmad. Karnival tersebut turut mendapatkan kerjasama Pusat Penyelidikan Latihan dan Penyeledikan Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE) Universiti Sains Malaysia bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan kepada pelajar mengenai bidang sains dan teknologi. Beberapa acara dipertandingkan melibatkan pelajar-pelajar sekolah seperti Solar Car Competition melibatkan 27 pasukan manakala Efficiency Energy Cooking Competition (EECC) melibatkan 31 pasukan. Bagi Solar Boat Competition disertai oleh 23 pasukan serta 12 pasukan lagi bagi EUREKA Renewable Energy and Energy Efficiency Beach House Competition. Pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan. Bukan golongan pelajar dan guru-guru sahaja berpeluang untuk menyertai karnival ini, malah orang luar juga berkesempatan menyaksikan van teknologi hijau yang dihasilkan menggunakan minyak sayuran bagi menggantikan petrol oleh CETREE. Keseluruhannya, dengan adanya karnival ini ia dapat memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menggunakan tenaga dengan lebih efisyen dalam kehidupan seharian sekaligus menjayakan kempen yang dijalankan.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 10 Apr 2017 07:13
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33019

Actions (login required)

View Item View Item
Share