Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Peringkat Negeri Melaka, Sk Tengkera 1, Melaka

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2015) Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Peringkat Negeri Melaka, Sk Tengkera 1, Melaka. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

TENGKERA, 29 April 2015- Satu Karnival Pendidikan Sains & Teknologi (KaSTEK) peringkat Negeri Melaka telah berlansung di Sekolah Kebangsaan Tengkera 1, Melaka yang melibat penyertaan dikalangan pelajar sekolah menengah dan rendah seluruh negeri Melaka. Karnival yang berlangsung selama sehari mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada sekolah-sekolah yang memasuki pertandingan. Antara pertandingan yang dijalankan sepanjang hari semasa di Sekolah Kebangsaan Tengkera 1 merupakan pertandingan cetusan idea daripada CETREE& GT dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Eureka Beach House dan pertandingan Energy Efficiency Cooking With Nature. Disamping itu juga, pelbagai jemputan pempamer turut sama memeriahkan lagi karnival berkenaan. Antaranya ialah Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE&GT, Sasbadi Holding Berhad, Southen Waste Melaka Enviroment Sdn. Bhd. dan Jabatan Alam sekitar negeri Melaka. Karnival ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan memupuk minat di kalangan para pelajar terhadap bidang sains dan teknologi hijau. Di samping itu, program ini turut menggalakkan pelajar - pelajar untuk bersaing secara sihat menerusi aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan. Karnival Pendidikan Sains & Teknologi (KaSTEK) peringkat Negeri Melaka diserikan lagi dengan kehadiran Encik Hussin Bin Chek, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka sebagai perasmi bagi majlis penutupan Karnival Pendidikan Sains & Teknologi (KaSTEK) peringkat Negeri Melaka 2015.

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 10 Apr 2017 07:06
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33016

Actions (login required)

View Item View Item
Share