Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Dan Program Science On Wheels Pulau Pinang 2013

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2013) Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Dan Program Science On Wheels Pulau Pinang 2013. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

Georgetown - Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi merupakan di antara program tahunan di bawah Program Penggalakan Sains dan Teknologi (PPST) kelolaan Sub Unit Sains & Teknologi, Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang yang pengisiannya terdiri dari beberapa akviti bercorak pertandingan seperti Solar Car Race (Sekolah Menenngah), Solar Boat Race (Sekolah Menengah), Efficiency Energy Cooking (Sekolah Menengah), Eureka Beach House (Sekolah Rendah), Pertandingan Inovasi Sains & Kejuruteraan, Saintis Muda, Maths Magic dan pameran yang berkaitan Sains & Teknologi. Program ini bertujuan memberi kesedaran dan memupuk minat di kalangan pelajar terhadap Sains & Teknologi. Selain itu juga, karnival ini memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk bersaing secara sihat melalui pertandingan-pertandingan berkonsep sains yang menguji kemahiran dan kreativiti pelajar dalam pasukan seterusnya berjaya menjadi pilihan untuk mewakili Pulau Pinang dalam Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Peringkat Kebangsaan tahun 2013. Karnival ini juga merupakan satu medium bagi membawa pelajar-pelajar menerokai kaitan ilmu dalam semua bidang sains menerusi bengkel-bengkel sains serta pameran-pameran sains dari agensi-agensi berkaitan. Pada tahun ini, Pusat Sains Negara, agensi dibawah naungan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah komited untuk bekerjasama dalam menjayakan Program Science On Wheel sepanjang karnival ini selama 3 hari bertempat di SMT Tunku Abdul Rahman Putra, Jalan Ibbetson, Pulau Pinang. Program ini bertujuan memberi ruang kepada pelajar-pelajar, warga sekolah dan masyarakat sekitar untuk mengikuti lebih dekat isu-isu semasa serta peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi yang berkaitan sains & teknologi melalui pameran dan aktiviti-aktiviti hands-on yang dipertontonkan. Selain itu, pengunjung turut dapat mengaitkan peranan dan hubungkait sains dalam kehidupan seharian yang sebelum ini banyak dipertontonkan melalui media dan muka-muka akhbar. Dianggarkan kira-kira 2,000 orang pengunjung telah hadir sepanjang perlaksanaan program berkenaan. Majlis Penutup Program Science On Wheels & Karnival pendidikan Sains & Teknologi Peringkat Negeri Pulau Pinang ini telah ditutup dengan rasminya oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Ahmad Tarmizi b. Kamaruddin pada 29 Mei 2013. Terkini Pautan

Item Type: Article
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 10 Apr 2017 07:03
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33014

Actions (login required)

View Item View Item
Share