Othman, Mohd Firdaus
(2016)
Production Of Acetic And Butyric Acid From Treated Leachate By Clostridium Butyricum Ncimb 7423 In Stirred Tank And Membrane Reactor.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Bahan larut lesap merupakan cecair tercemar yang terhasil daripada tapak pelupusan, yang meninggalkan kesan yang buruk kepada alam sekitar. Kajian ini tertumpu kepada biopenukaran bahan larut lesap terawat kepada asid asetik dan asid butarik oleh Clostridium butyricum NCIMB 7423 dan bertujuan untuk menyelesaikan masalah rawatan bahan larut lesap, pada masa yang sama menghasilkan produk bernilai tambah daripada rawatan tersebut. Bahan larut lesap telah diambil dari tapak pelupusan Pulau Burung (PBLS) dan diprarawat dengan menggunakan batu kapur untuk membuang asid lemah meruap. Dua jenis pelarasan dibuat terhadap bahan larut lesap sebelum penapaian, iaitu diubah berdasarkan keperluan oksigen biologi (BOD) dan diubah berdasarkan jumlah karbohidrat. Bioreaktor tangki teraduk (STR) dan bioreaktor membran digunakan dalam penapaian oleh C. butyricum NCIMB 7423 dengan pH 6.5 dan suhu 37°C. Media sintetik dengan kondisi yang sama digunakan sebagai tanda aras, dan bahan larut lesap yang tidak dilaraskan digunakan sebagai kawalan. Penapaian STR media sintetik menunjukkan produktiviti asid asetik, asid butarik, CO2 dan H2 yang masing-masing 0.46, 0.67, 8.24, dan 0.001 g/L/j dengan 91.3% pemulihan karbon. Bagi penapaian STR bahan larut lesap tanpa penyelarasan, produktiviti asid asetik, asid butarik, CO2 dan H2 adalah masing-masing 0.00, 0.004, 0.39 dan 0.0009 g/L/j dengan 38.9% pemulihan karbon.
Leachate is a contaminated liquid generated from landfill, imposing a devastating effect to the environment. This study focuses on bioconversion of treated leachate to acetic and butyric acid by Clostridium butyricum NCIMB 7423 which aims to solve the leachate treatment problem and at the same time produce value added product from the treatment. Leachate was taken from Pulau Burung Landfill Site (PBLS) and pretreated with limestone to remove volatile fatty acids (VFA). Two types of adjustments were carried out on leachate prior to fermentation namely altered leachate according to Biological Oxygen Demand (BOD) and altered leachate according to total carbohydrate. Stirred tank (STR) and membrane reactors were used in the fermentation of pretreated leachate by C. butyricum NCIMB 7423 of pH 6.5 and 37°C. Synthetic medium fermentation with the exact condition was carried out as a benchmark for leachate fermentation, and non-altered leachate fermentation as the control. Synthetic medium in STR fermentation showed productivity of acetic acid, butyric acid, CO2 and H2 of 0.46, 0.67, 8.24, 0.001 g/L/h respectively, with 91.3% of carbon recovery. For leachate STR fermentation, the productivity of non-altered leachate for acetic acid, butyric acid, CO2 and H2 were 0.00, 0.004, 0.39 and 0.0009 g/L/h respectively with 38.9% of carbon recovery.
Actions (login required)
|
View Item |