Analysis Of The Translation Into Arabic Of Religious Items Of The Da Vinci Code By Dan Brown

Mohammed Aldweikat, Amjad Qasem (2015) Analysis Of The Translation Into Arabic Of Religious Items Of The Da Vinci Code By Dan Brown. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini memberi fokus terhadap penyelidikan berkaitan prosedur yang digunakan oleh penterjemah bagi menterjemah butiran-butiran keagamaan yang terkandung dalam novel The Da Vinci Code oleh Dan Brown. Kajian ini dijalankan berdasarkan teori ‘descriptive translation studies’ yang diperkenalkan oleh Toury yang bertujuan untuk ‘memberi gambaran dan penerangan fenomena empirik berkaitan terjemahan bagi tujuan menghasilkan teori terjemahan yang sebenar. Prosedur terjemahan yang digunakan dalam kajian ini ialah kombinasi prosedur terjemahan Newmark. Kajian ini dijalankan berdasarkan 100 butiran keagamaan yang dikumpul secara manual daripada novel The Da Vinci Code. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penterjemah menggunakan 11 prosedur terjemahan yang berbeza untuk menterjemah butiran-butiran keagamaan dalam novel tersebut. Daripada keseluruhan 11 prosedur terjemahan ini, terdapat lima prosedur utama yang lebih kerap digunakan berbanding prosedur yang lain. Prosedur-prosedur tersebut ialah ‘terjemahan literal’, ‘terjemahan yang telah dikenal pasti’, ‘persamaan deskriptif’, ‘persamaan budaya’ dan ‘prosedur kuplets’. Prosedur-prosedur terjemahan ini diaplikasikan dengan cara yang berbeza dalam menterjemah butiran-butiran keagamaan. Analisis data yang dijalankan secara manual ini juga menunjukkan bahawa penterjemah menggunakan kombinasi kecenderungan prosedur ke arah bahasa sumber dan bahasa sasaran bagi menterjemah butiran keagamaan yang terdapat dalam novel tersebut. Keadaan ini menghasilkan terjemahan yang bukan secara sepenuhnya cenderung kepada bahasa sumber atau bukan secara sepenuhnya cenderung kepada bahasa sasaran. This study focuses on investigating the procedures used in translating the religious items in the American novel The Da Vinci Code by Dan Brown. The present study is based on Toury’s descriptive translation studies theory. The translation procedures that are used in this study are a combination of Newmark’s translation procedures. The present study is conducted on 100 religious items collected manually from The Da Vinci Code novel. The findings of this research indicate that the translator used 11 different translation procedures to translate the religious items in the selected novel. Out of the 11 different translation procedures there are five main procedures, which are used more frequent than the other. The five most dominant procedures are literal translation, recognized translation descriptive equivalent, cultural equivalent and couplets procedure. These procedures are applied using different patterns when translating the religious items in the selected novel. The manual data analysis indicates that the translator used a combination of SL tendency procedures and TL tendency procedures to translate the religious items in the novel. This resulted in producing a TT that is neither SL oriented nor TL oriented.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P306-310 Translating and interpreting
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
Date Deposited: 16 Feb 2017 04:03
Last Modified: 12 Apr 2019 05:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32105

Actions (login required)

View Item View Item
Share