Kearifan Tempatan Profesional Guru Dalam Menerapkan Kemahiran Insaniah Di Dalam Bilik Darjah

Arbaa, Rohani (2015) Kearifan Tempatan Profesional Guru Dalam Menerapkan Kemahiran Insaniah Di Dalam Bilik Darjah. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (549kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meneroka kearifan tempatan profesional guru dalam menerapkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Kearifan tempatan profesional guru merupakan integrasi pengetahuan praktikal guru dalam melaksanakan aktiviti PdP dengan pengetahuan konteks di mana mereka berada, yang diperhalusi melalui amalan refleksi yang berterusan. Kajian yang dijalankan secara kajian kes ini melibatkan empat orang guru dalam Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah. Peserta kajian yang dipilih menerusi kaedah persampelan berasaskan teori ini merupakan mereka yang melaksanakan aktiviti PdP yang menepati ciri-ciri pengajaran berpusatkan pelajar. Sebanyak lima pemerhatian aktiviti PdP telah dijalankan bagi setiap peserta kajian berserta temu bual separa struktur serta analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan konsep kemahiran insaniah sebenarnya terkandung di dalam pengetahuan ‘tacit’ guru. This study aims to discover teachers’ professional local knowledge in infusing soft skills among students during the teaching and learning activities (t&l) in the classroom. Teachers’ professional local knowledge integrates teachers’ practical knowledge in implementing t&l activities with the knowledge of the classroom context, and is refined through continuous and deliberate reflection. This study employs a multiple case studies method that involves four teachers in the district of Kulim Bandar Baharu, Kedah. Research participants were those who conduct t&l activities that satisfy the student-centered teaching characteristics. As many as five observations on t&l activity have been carried out for each research participant, followed by semi-structured interviews and document analysis. Research findings showed that the concept of soft skills actually contained in the teachers’ tacit knowledge.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies)
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 10 Feb 2017 03:02
Last Modified: 12 Apr 2019 05:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32001

Actions (login required)

View Item View Item
Share