Manaf, Noor Asiah Ab
(2023)
Keberkesanan Pengajaran Guru Menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (Rph) Berasaskan Pembelajaran Aktif Dalam Meningkatkan Pemikiran Lestari Murid Pendidikan Moral Terhadap Alam Sekitar.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pengajaran guru berasaskan pembelajaran aktif dalam meningkatkan pemikiran lestari murid Pendidikan Moral terhadap alam sekitar. Kajian ini menggunakan reka bentuk gabungan (mixed method) jenis penerokaan (Sequential Exploratory Design) iaitu kajian kualitatif melalui temu bual lima orang guru dan analisis dokumen seperti DSKP, RPT, RPH dan Buku Teks. Manakala kajian kuantitatif adalah pra-eksperimen yang melibatkan 32 sampel kajian yang terdiri daripada 15 orang murid lelaki dan 17 orang murid perempuan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat keperluan untuk membangunkan RPH berasaskan pembelajaran aktif dalam meningkatkan tahap pemikiran lestari murid Pendidikan Moral terhadap alam sekitar. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat kesan positif pengajaran guru menggunakan RPH berasaskan pembelajaran aktif terhadap pemikiran lestari murid Pendidikan Moral. Hasil analisis ANOVA pengukuran berulang menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pra ujian dan pasca ujian (p<.05). Dapatan kajian turut menunjukkan terdapat pengekalan antara pasca ujian dengan pasca ujian lanjutan dengan nilai p>.05. Implikasi daripada dapatan kajian ini menunjukkan pengajaran guru yang menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berasaskan pembelajaran aktif dapat meningkatkan tahap pemikiran lestari murid Pendidikan Moral terhadap alam sekitar.
Actions (login required)
|
View Item |