Teo, Chin Heng
(1992)
Kajian Resonans Magnet Nukleus Denyut Dan Kalorimetri Penskanan Diferensial Ke Atas Retrogradasi Kanji.
Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Suatu kaedah NMR denyut yang cepat dan tak memusnah
telah diperkembangkan untuk mengkaji retrogradasi kanji.
Kaedah ini berdasarkan prinsip bahawa isyarat NMR dari
komponen 'seperti pepejal' dan komponen cecair bagi sesuatu
sistem menyusut pada kadar yang amat berbeza berikutan satu
denyutan frekuensi radio 90°. Penghabluran semula dan
persekutuan molekul kanji yang berlaku semasa penuaan gel
kanji menyebabkan peningkatan komponen 'seperti pepejal' di
dalam sistem. Sebaliknya, isyarat dari komponen cecair
berkurangan. Kaedah ini telah digunakan untuk mengkaji
kinetiks retrogradasi kanji-kanji dari asal usul botanikaI
yang berlainan dan kelakuan retrogradasi campuran-campuran
binari kanji. Persamaan Avrami telah.digunakan untuk
mengkaji kinetiks retrogradasi.
Actions (login required)
|
View Item |